Kontrak Kit JDAM, Laser JDAM Untuk USAF, Negara Sekutu Termasuk S’pura, Filipina, Indonesia

Ia akan melibatkan program Foreign Military Sales (FMS) terhadap beberapa negara sekutu Amerika Syarikat yang juga menggunakan kit-kit JDAM serta LJDAM seperti Israel, Turkiye dan beberapa negara Asia Tenggara termasuk Singapura, Indonesia dan Filipina.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Boeing telah diberikan kontrak bernilai US$600 juta (RM2.4 billion) untuk membekalkan sistem Joint Direct Attack Munition (JDAM) dan Laser Joint Direct Attack Munition (LJDAM).
Kontrak ini adalah daripada Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF).
Kontrak itu dijangka dipenuhi sehingga Sept tahun 2035 dan akan melibatkan program Foreign Military Sales (FMS) terhadap beberapa negara sekutu Amerika Syarikat yang juga menggunakan kit-kit JDAM serta LJDAM seperti Israel, Turkiye dan beberapa negara Asia Tenggara termasuk Singapura, Indonesia dan Filipina.
Malaysia turut menggunakan kit JDAM.
Kontrak itu melibakan perkhidmatan teknikal, integrasi sistem terbabit terhadap pesawat dan senjata dan kerja-kerja sokongan sedia ada terhadap platform JDAM dan LJDAM.

Dengan kontrak bernilai US$600 juta (RM2.4 billion)itu, ia akan memberikan Boeing untuk memberikan sokongan yang kritikal kepada Tentera Udara Amerika Syarikat dan negara-negara sekutunya bagi membolehkan mereka bersiap-siaga untuk menangani ancaman dengan reliabiliti dan ketepatan.
Bagi Singapura, kedua-dua jenis sistem JDAM dan LJDAM itu digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang F-16, F-15 dan kemungkinan besar F-35B yang dijangka mula diterima republik itu pada 2026.
Untuk Indonesia pula, pesawat pejuang yang berkemungkinan menggunakan kedua-dua sistem itu adalah F-16 miliknya manakala bagi Filipina pula, ia mungkin melibatkan pesawat pejuang FA-50 buatan Korea Selatan milliknya.
JDAM adalah kit panduan yang menukar bom-bom graviti tidak berpanduan (unguided) yang kerapkali dipanggil “bom bodoh” (dumb bomb) kepada bom-bom berketepatan tinggi yang boleh digunakan dalam semua keadaan cuaca.
Sistem JDAM itu menggunakan Inertial Guidance bersama-sama Global Positioning System (GPS) yang membolehkan ia membedil sasaran sejauh sehingga 28km.

Kit JDAM yang modular itu boleh dipasang pada bom-bom seberat di antara 230kg hingga 910kg, menukar “bom-bom bodoh” kepada bom-bom pintar yang boleh membedil sama ada sasaran-sasaran statik atau bergerak dengan darjah ketepatan yang tinggi.
Untuk memastikan JDAM itu lebih versatile, Tentera Udara Amerika Syarikat dan Boeing telah berkolaborasi untuk mengintegrasi sistem panduan laser, sekaligus menjadikannya Laser JDAM.
Dengan penggunaan laser seeker dipanggil DSU-38/B, ia membolehkan sistem itu menangani sasaran bergerak yang sebelum ini tidak boleh jika hanya menggunakan kit JDAM. — DSA

BoeingfeaturedJDAMKitLJDAM
Comments (0)
Add Comment