(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini terdapat laporan mengatakan bahawa skuadron Unmanned Aerial System-Medium Altitude Long Endurance (UAS-MALE) negara yang pertama dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2024 bersama-sama pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA).
Laporan yang memetik Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Abdul Aziz di Dewan Negara mengatakan bahawa pada tahun 2024 itu skuadron UAS-MALE negara itu akan beroperasi daripada Pangkalan Udara Labuan.
Skuadron FLIT/LCA TUDM itu dikatakan akan beroperasi di Pangkalan TUDM di Kuantan manakala skuadron UAS-MALE itu beroperasi daripada Pangkalan TUDM di Labuan.
Keputusan menempatkan skuadron UAS-MALE yang bakal dioperasikan oleh TUDM di Labuan itu adalah amat menarik tetapi sudah boleh dijangkakan kerana lokasi pangkalan itu yang amat strategik berhadapan dengan Laut China Selatan.
Laut China Selatan adalah isu keselamatan terpenting bagi Malaysia pada ketika ini dan skuadron UAS-MALE di Labuan itu akan memastikan kita mendapat segala maklumat terkini berkenaan apa sahaja perkara yang sedang berlaku di perairan strategik itu.
Dengan kemampuan sistem UAS-MALE untuk beroperasi sehingga 20 jam tanpa henti, ia akan menjadi “mata” terpenting bagi negara dalam kita mengesan sebarang potensi pencerobohan oleh kapal-kapal asing terhadap perairan negara di Laut China Selatan.
Rakyat kita dan asing yang bekerja di pelantar-pelantar minyak, nelayan mahupun kapal-kapal komersial di Laut China Selatan boleh merasa selamat kerana pihak keselamatan kita mempunyai “Eyes In The Sky” 24 jam sehari untuk memantau keselamatan mereka menerusi kerahan sistem-sistem UAS-MALE itu.
Bagaimanapun, pemantauan dan pengawasan “round-the-clock” terhadap perairan di Laut China Selatan itu memerlukan kita menambah pegangan sistem UAS-MALE itu.
Bergandingan dengan radar-radar pertahanan jarak jauh sama ada di Kuching dan Labuan termasuk radar pertahanan udara jarak jauh yang “dihadiahkan” oleh Amerika Syarikat, sistem UAS-MALE negara akan meningkatkan lagi pengawasan dan pemantauan kita di Laut China Selatan, yang 90 peratus daripada keluasaannya didakwa sebagai milik China.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini,China kerap menghantar kapal-kapal pengawal pantainya serta kapal penyelidiknya ke kawasan perairan milik negara di Laut China Selatan yang amat kaya dengan sumber-sumber minyak dan gas, selain perikanan.
Keputusan menempatkan sistem UAS-MALE yang bakal dioperasikan oleh kita di Pangkalan Labuan telah menambah satu lagi aset ketenteraan yang penting di pangkalan itu.
Sebelum ini, radar pertahanan udara jarak jauh juga ditempatkan di pangkalan itu bersama-sama pesawat-pesawat Hawk yang ditempatkan secara sementara di pangkalan udara itu.
Disebabkan isu Laut China Selatan yang semakin “panas” dengan sikap agresif China di perairan itu, maka kepentingan Pangkalan Udara Labuan itu juga semakin penting.
Aset-aset ketenteraan bernilai tinggi kita di Pangkalan Udara Labuan itu perlu “dilindungi” daripada segala ancaman sama ada daripada udara, darat, perairan atau bawah perairan supaya ia dapat terus berfungsi dalam setiap keadaan.
Perlu ada usaha untuk meningkatkan kemampuan pangkalan udara itu dalam menangani setiap ancaman yang bakal mendatang.
Salah satu daripadanya adalah menerusi penempatan sistem pertahanan udara jarak sederhana (Medium Range Air Defence System” atau MERAD di pangkalan udara itu bagi membolehkan ia lebih berkemampuan dalam menangani sebarang ancaman udara.
Bukan sahaja di Pangkalan Udara Labuan, tetapi sistem MERAD ini perlu diletakkan di Kuching, MAWILLA 4 yang bakal dibina di Bintulu, Bare Bone Base TUDM di Bintulu juga, Pangkalan TLDM di Kota Kinabalu dan kedudukan strategik kita di Sabah dan Sarawak.
Mengapa penempatan MERAD di kedudukan strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah dan Sarawak perlu dititikberatkan? Insiden yang berlaku pada 31 Mei tahun lepas menunjukkan bahawa bahaya itu telah pun wujud dan kemungkinan pada tahun-tahun yang akan mendatang ini, ia akan lebih intensify lagi.
Apa yang berlaku pada 31 Mei lepas, bagi yang terlepas pandang, ia melibatkan penerbangan 16 buah pesawat pengangkut tentera China berhampiran ruang udara negara dan di ruang udara Beting Patinggi Ali.
Kita perlu bersedia kerana pada masa depan, “ancaman udara itu” mungkin melibatkan pesawat-pesawat supersonic dan lebih berkemampuan seperti pesawat J-20 “Mighty Dragon” dan lain-lain lagi.
China pun telah mula mengerah J-20 ke Laut China Selatan, manakala pesawat-pesawat pengebomnya Xian H-6 pun telah mula berlatih melakukan latihan “bombing run” terhadap pulau-pulau dan maritime features di Laut China Selatan, sebagaimana dilaporkan oleh media mereka sendiri.
Apa motif Beijing berbuat demikian? Adakah ia suatu “escalation” atau adakah ia suatu signal kepada negara-negara yang terlibat dalam isu Laut China Selatan?
Isu Laut China Selatan “will not go away, there is no use trying to sweep it under the carpet.”
Admin yakin MINDEF kita sudah pun merancang ke arah ini (penempatan MERAD di kedudukan strategik di Sabah dan Sarawak), cuma ianya tidak digembar-gemburkan atas pelbagai sebab.