Ukraine Bimbang Pengenalan Peluru Berpandu “Misteri” KH-50 Russia

Peluru berpandu KH-50 Russia dikatakan bakal “menulis semula” peraturan pertempuran (rules of engagement) disebabkan ciri-ciri rekabentuknya yang menggabungkan aspek halimunan, kelincahan dan ketepatan bedilannya.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pegawai-pegawai tentera Ukraine dikatakan amat bimbang dengan laporan perisikan terkini yang menyatakan bahawa Russia “semakin hampir” untuk mengerah penggunaan peluru berpandu terbarunya, KH-50 yang selama ini kewujudannya penuh “misteri” ke konflik antara kedua-dua negara itu.

Peluru berpandu KH-50 Russia dikatakan bakal “menulis semula” peraturan pertempuran (rules of engagement) disebabkan ciri-ciri rekabentuknya yang menggabungkan aspek halimunan, kelincahan dan ketepatan bedilannya.

Walaupun Russia memiliki pelbagai jenis peluru berpandu di dalam simpanannya, tetapi kebanyakkan daripada peluru berpandu itu – sebagaimana dinyatakan oleh penganalisis – tidak berapa berkesan ketika digunakan dalam konflik Ukraine-Russia pada ketika ini.

Antara masalah utama peluru-peluru berpandu Russia adalah saiznya yang terlalu, mudah dikesan dan ditangani oleh sistem pertahanan udara Ukraine serta jaraknya yang tidak memadai.

Sebagai contoh, peluru berpandu KH-101 dan KH-55 memerlukan sistem pelancar yang besar, sekaligus memudahkannya dikesan oleh satelit-satelit pengintip Amerika Syarikat, manakala peluru berpandu yang “tidak halimunan” Russia mudah dijejaki dan dipintas oleh Ukraine.

Masalah dihadapi oleh Russia adalah ia tidak memiliki peluru berpandu mencukupi yang berkemampuan “menembusi” sistem pertahanan udara Ukraine.  

Sebab itulah, pegawai-pegawai tentera Russia amat teruja dengan peluru berpandu KH-50 yang dibangunkan oleh Raduga Design Bureau of Dubna dibawah Kh-SD (Sredney Dalnosti, program jarak-pertengahan).

Dengan panjang kira-kira 6 meter dan berat 1,600kg, peluru berpandu KH-50 Russia itu dilengkapi dengan enjin turbofan OMKB Izdeliye 37-04 membolehkannya terbang dengan kelajuan kruis 700km sejam dan kelajuan maksimum 950km sejam.

Peluru berpandu itu direkabentuk untuk membawa 450kg bahan peledak dan terbang sejauh 1,500km untuk membedil sasaran.

Menurut penganalisis pertahanan antarabangsa, peluru berpandu KH-50 adalah hampir sama seperti peluru berpandu kruis Storm Shadow dan SCALP-EG yang dibangunkan oleh United Kingdom dan Perancis.

Antara ciri-ciri paling utamanya adalah – Halimunan dan Kadar Pengesanan Radar yang Rendah (Low Radar Signature). Peluru berpandu KH-50 direkabentuk untuk membolehkannya mempunyai ciri-ciri kadar pengesanan radar yang rendah.

Dengan saiz yang lebih kecil menyumbang kepada kadar pengesanan radar yang rendah, menyukarkan sistem pertahanan udara musuh untuk mengesan dan menjejakinya.

Selain itu, peluru berpandu KH-50 juga dilengkapi dengan sistem peperangan elektronik bagi membolehkannya mengelak daripada dikesan oleh radar dan mempertahankan dirinya daripada sistem pertahanan udara dan peluru berpandu musuh.

Direkabentuk untuk terbang rendah, sekaligus membolehkan KH-50 terbang di ruang udara yang sarat dengan sistem pertahanan udara musuh dan mengelak daripada dikesan oleh radar.

KH-50 dilengkapi dengan sistem dipanggil “Otblesk” yang merupakan sistem elektro-optical untuk tujuan navigasi dan pengecaman sasaran. Sistem canggih ini meningkatkan ketepatan dan kemampuan sasarannya.

“Storm Shadow”

 

Dengan jarak lebih daripada 1,500km, peluru berpandu KH-50 menyeimbangkan kemampuannya untuk membedil sasaran strategic dan juga pada masa yang sama, meminimakan kos, sekaligus meningkatkan keberkesanan operasinya.

Penganalisis pertahanan percaya pengenalan peluru berpandu KH-50 oleh Russia dalam konflik di Ukraine berpotensi mengubah imbangan kuasa ke arahnya.

Kemampuan peluru berpandu itu membolehkan ia menembusi sistem pertahanan udara Ukraine yang kini terdiri daripada sistem-sistem pertahanan udara Barat seperti NASAMS, IRIS-T dan Patriot.

Sekiranya potensi KH-50 itu benar sebagaimana dijangkakan oleh penganalisis, maka, ia akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap perjalanan konflik yang tercetus pada Februari tahun lepas.   

Peluru berpandu KH-101

 

Ciri-ciri peluru berpandu canggih Russia itu seperti tahap pengesanan radar yang rendah, sistem pertahanannya dan kelincahannya bakal memberikan ancaman terhadap tentera Ukraine, berkemungkinan boleh mengubah dinamik peperangan.

Selain itu ia memberikan kemampuan kepada Russia untuk melaksanakan serangan-serangan yang tepat dan pada masa yang sama meminimumkan risiko pemintasan oleh sistem pertahanan udara Ukraine.  — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

featuredKH-50MisteriRussiaUkraine
Comments (0)
Add Comment