Pesawat KF-21 “Boramae” Dilengkapi Kombinasi Senjata Amerika, Eropah

Bagi sistem persenjataannya, pesawat pejuang KF-21 "Boramae" yang dibangunkan dengan kos US$8 bilion (RM32 bilion) itu bakal menggunakan kombinasi di antara sistem persenjataan yang dibangunkan oleh firma pertahanan Amerika Syarikat dan juga Eropah.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat KF-21 “Boramae” yang dibangunkan oleh Korea Selatan dengan perbelanjaan sebanyak US$8 bilion (RM32 bilion) dijangka akan melakukan penerbangan sulungnya pada bulan Jun tahun.

Syarikat aeroangkasa Korea Selatan, Korea Aerospace Industries (KAI) dijangka akan membina 120 buah pesawat generasi ke-4 itu untuk menggantikan kira-kira 240 buah pesawat F-4E Phantom dan F-5E yang masih digunakan oleh Tentera Udaranya.

Bagi sistem persenjataannya, pesawat itu bakal menggunakan kombinasi di antara senjata yang dibangunkan oleh firma pertahanan Amerika Syarikat dan juga Eropah.

Untuk pertempuran di udara, pesawat KF-21 akan dilengkapkan dengan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh (Beyond Visual Range Air-To-Air Missile- BVRAAM) “Meteor” manakala bagi untuk jarak dekat pula ia akan digandingkan dengan peluru berpandu udara-ke-udara “IRIS-T.”

Didakwa peluru berpandu udara-ke-udara paling berkemampuan di dunia, “Meteor BVRAAM”  yang dibangunkan oleh syarikat MBDA Systems itu menggunakan sistem propulsion ramjet yang membolehkan kelajuannya mencapai Mach 4.

Peluru berpandu udara-ke-udara “Meteor” yang mempunyai panjang lebih daripada 3 meter itu mempunyai jarak effektif melebihi 100km.

Peluru berpandu “Meteor BVRAAM”

 

Dikatakan “no-escape zone” peluru berpandu Meteor adalah tiga kali lebih besar daripada mana-mana peluru berpandu udara-ke-udara BVR di pasaran ketika ini, membolehkan ia menangani sebarang ancaman udara yang ada ketika ini.

IRIS-T (Infra Red Imaging System Tail/Thrust Vector-Controlled) adalah satu program untuk membangunkan peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat yang diketuai oleh Jerman untuk menggantikan AIM-9 Sidewinder.

Mula digunakan pada 2005,  peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat IRIS-T  berkelajuan Mach 3 ini dibangunkan oleh konsortium negara-negara Eropah dengan Jerman sahaja mengambil 46 peratus daripada kerja-kerja pembangunan.

IRIS-T WVRAAM

 

Manakala negara-negara lain yang terlibat adalah  Greek, Italy, Norway, Sweden dan Sepanyol.

Selain kedua-dua peluru berpandu udara-ke-udara ini, syarikat KAI juga akan cuba mengintegrasikan peluru berpandu udara-ke-udara buatan Amerika Syarikat, AIM-120 dan AIM-9X dengan pesawat pejuang KF-21 “Boramae”.

Paveway III

 

Pesawat pejuang KF-21 itu juga akan mengintegrasikan akan bom-bom panduan laser seperti GBU-12 Paveway III dan GBU-54 selain bom-bom panduan GPS iaitu Joint Direct Attack Munitions (JDAM), Small Diameter Bombs serta CBU-105 cluster bombs.

Bagi serangan-serangan standoff pula, pesawat KF-21 juga akan dilengkapi dengan peluru berpandu HARM bagi operasi pemusnahan kemudahan radar pihak musuh serta peluru berpandu kruis untuk tujuan memusnahkan kubu pertahanan,  Taurus KEPD 350. — DSA

BoramaefeaturedKF-21Korea Selatan
Comments (0)
Add Comment