Kerana Bimbangkan Reaksi China, Vietnam Mungkin Terpaksa Batal Hasratnya Miliki F-16

Vietnam berminat untuk memperolehi F-16 tetapi rundingan dengan Amerika Syarikat untuk menperolehi pesawat pejuang itu tidak mencapai kemajuan kerana Hanoi bimbang pembelian pesawat pejuang itu akan menjejaskan hubungannya dengan negara-negara lain termasuk China.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Vietnam berminat untuk memperolehi F-16 tetapi rundingan dengan Amerika Syarikat untuk menperolehi pesawat pejuang itu tidak mencapai kemajuan kerana Hanoi bimbang pembelian pesawat pejuang itu akan menjejaskan hubungannya dengan negara-negara lain termasuk China.

Sebagaimana dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa Reuters, Vietnam juga bimbang Amerika Syarikat tidak akan membekalkan peluru-peluru berpandu untuk digunakan oleh pesawat pejuang F-16 sekira ia memperolehinya.

Vietnam dan China memiliki pertikaian berpanjangan mengenai isu Laut China Selatan.

Hanoi bukan sahaja bimbangkan reaksi daripada China sekiranya ia memperolehi pesawat pejuang F-16, tetapi negara Asia Tenggara itu juga mungkin bimbang akan reaksi daripada Russia yang menjadi pembekal senjata kepada Vietnam sejak sekian lama.

Walaupun berkemungkinan terpaksa membatalkan hasratnya untuk memperolehi pesawat pejuang F-16 kerana bimbangkan reaksi daripada negara-negara lain termasuk China, namun Vietnam dilapor meneruskan niatnya untuk membeli pesawat pengangkut C-130J daripada Amerika Syarikat.

Pesawat pengangkut C-130 itu dianggap “kurang sensitif” berbanding pesawat pejuang F-16 dan berkemungkinan besar pembeliaanya akan diteruskan oleh Vietnam, memandangkan ia dianggap sebagai senjata defensif dan bukan kombat.

Republic of Singapore Air Force (RSAF) F-16

 

Hanoi sememangnya amat berminat dengan beberapa sistem persenjataan buatan Amerika Syarikat, terutamanya pesawat peronda maritim dan pesawat pengangkut serta pesawat-pesawat pejuang.

Keputusan Washington menawarkan senjata-senjata buatan syarikatnya kepada Vietnam boleh dilihat daripada beberapa faktor.

Ia berkemungkinan didorong daripada strategi keseluruhan Amerika Syarikat untuk mengukuhkan lagi hubungan diplomatik dan ketenteraannya dengan Vietnam serta kehadirannya di Indo-Pasifik.

Hanoi dilihat sebagai antara kuasa utama di rantau Asia Tenggara untuk mengekalkan kestabilan serantau bagi menangani pengaruh China

Pada September tahun lepas, Amerika Syarikat dilaporkan berbincang dengan kerajaan Vietnam untuk memeterai pakej penjualan senjata terbesar antara kedua-dua negara yang pernah berperang antara satu sama lain kira-kira 50 tahun yang lalu.

Perbincangan awal tentang pakej penjualan senjata kepada Vietnam itu adalah menyusuli lawatan bersejarah Presiden Amerika Syarikat Jo Biden ke Hanoi.

Adalah sesuatu yang amat menarik apabila Vietnam yang pernah berperang dengan Amerika Syarikat mengakibatkan ratusan ribu rakyatnya terkorban, akan menggunakan sistem persenjataan buatan syarikat Amerika untuk “mempertahankan dirinya” kini.

Washington hanya membatalkan sekatan penjualan senjata terhadap Vietnam pada 2016.

Hubungan di antara Washington dan Hanoi selepas berakhirnya Perang Vietnam hampir lima dekad yang lalu semakin rapat dan ia menjadi semakin erat beberapa tahun kebelakangan ini akibat isu Laut China Selatan.

Penjualan senjata oleh Amerika kepada Vietnam yang berkongsi sempadan dengan China dan di mana kedua-dua negara “bertelingkah” di dalam isu Laut China Selatan, sudah pasti akan membuatkan hubungan di antara Hanoi dan Beijing semakin tegang.

Ia juga akan mengenepikan Russia yang selama ini menjadi pembekal utama senjata kepada Vietnam.

Sumber-sumber yang rapat dengan rundingan antara Washington dan Hanoi memberitahu agensi berita Reuters tahun lepas bahawa pakej penjualan senjata kepada Vietnam itu melibatkan perolehan pesawat pejuang F-16 kepada Vietnam.

C-130 Hercules

 

Sumber itu juga berkata bahawa Washington sedang mempertimbangkan pakej kewangan mudah dan “murah” bagi membantu Vietnam membeli senjata-senjata buatan syarikatnya, sekaligus “meninggalkan” senjata-senjata murah Russia yang digunakan oleh angkatan tenteranya selama ini.

Moscow membekalkan hampir 80 peratus keperluan bekalan senjata Vietnam.

Perolehan F-16 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin itu oleh Vietnam itu sekiranya menjadi kenyataan, sudah pasti adalah suatu detik bersejarah kerana Tentera Udara Vietnam selama ini adalah pengguna tegar pesawat-pesawat pejuang buatan Russia seperti Su-30, Su-27 dan Su-22.  

Washington dijangka akan menawarkan varian F-16 Block 70 “Viper” yang merupakan varian paling terkini pesawat itu, dilengkapi dengan pelbagai sistem persenjataan dan juga radar AESA (Active Electronically Scanned Array), mission computer yang baru dan pelbagai peningkatan lain.

Adalah sesuatu yang agak menarik untuk melihat Vietnam mengikut jejak Malaysia dan Indonesia yang menggabungkan pesawat-pesawat pejuang utama Russia dan Barat dalam armada pesawat pejuang milik tentera udaranya, sekiranya ia meneruskan hasratnya untuk memperolehi pesawat pejuang F-16 buatan Amerika Syarikat itu– DSA

 

AmerikaF-16featuredVietnam
Comments (0)
Add Comment