(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebagaimana yang diketahui, Turki kini berada di barisan hadapan dalam pembuatan sistem pesawat tanpa pemandu (UAV), dengan sistem-sistem seperti Bayraktar TB2 dan Anka kini digunakan oleh beberapa angkatan tentera seluruh dunia.
Pesawat-pesawat tanpa pemandu buatan Turki telah menunjukkan kemampuan mereka di beberapa konflik yang berlaku kebelakangan ini, daripada Libya, Syria, Nagorno-Karabakh dan kini di Ukraine.
Sebuah syarikat pertahanan Turki, STM Defense Technologies Engineering (STM) turut menawarkan sistem pesawat tanpa pemandu untuk angkatan-angkatan tentera dunia, khususnya dalam memastikan misi-misi anti-terrorisme dan peperangan tidak simetri berjaya mencapai matlamat yang disasarkan.
Dipanggil “Kargu”, ia adalah “Kamikaze Drone” (dron berani mati) atau “Loitering Munitions” menggunakan kipas (rotary-wing) bagi membedil sasarannya secara otonomi (autonomous) tanpa sebarang keperluan hubungan dengan ground station.
Apa yang menjadikan berita tentang “Kargu” ini menjadi lebih menarik adalah apabila laporan media pertahanan dTurki yang mendakwa bahawa aset itu turut menarik perhatian Angkatan Tentera Malaysia.
Menurut laporan media pertahanan Turki itu lagi, perbincangan telah pun bermula di antara syarikat pembuat “Kargu” dengan ATM yang berkemungkinan bakal menyaksikan “dron berani mati” buatan Turki itu digunakan di Malaysia.
Bagaimanapun,memandangkan ia adalah dron berani mati, maka kemungkinan penggunaannya oleh pasukan khas atau unit-unit lain di dalam ATM sukar untuk diperolehi.
Kemungkinan besarnya adalah, sebarang penggunaan dron berani mati oleh ATM sukar untuk disahkan dan “kewujudannya” kekal akan menjadi misteri nusantara.
Dron berani mati “Kargu” itu menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI) untuk mencari dan memusnahkan sasarannya.
Malah akhbar terkenal Amerika Syarikat, The New York Times dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga pernah bercerita tentang keberkesanan “Kargu” pada 2021 dalam insiden yang berlaku pada 2020 di Libya.
Ia mendedahkan bagaimana “Kargu” telah menyerang kedudukan atau pegawai tinggi panglima perang Libya Khalifa Haftar tanpa menggunakan sebarang kawalan daripada ground station atau pengendali.
Diprogramkan menggunakan teknologi AI untuk beroperasi dalam mode otonomi tanpa kawalan pengendali, “Kargu” telah membedil sasarannya. dengan tepat.
The New York Times dalam laporannya berkata, serangan oleh “Kargu” itu berkemungkinan adalah insiden pertama di mana “kamikaze drone” membedil sasarannya tanpa sebarang kawalan daripada pengendalinya.
Dengan hanya berat 7kg, pesawat tanpa pemandu itu boleh terbang setinggi 500 meter dan selaju 72km sejam manakala radius operasinya pula adalah sehingga 5 km.
“Kargu” boleh beroperasi secara sendirian atau berkumpulan sebanyak 20 buah dron di dalam mode “swarm.”
JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE
STM enggan mendedahkan jenis atau berat bahan peledak yang mampu dibawa oleh “Kargu”, sekadar mengesahkan bahawa ia berkemampuan untuk membawa pelbagai jenis bahan peledak untuk misi-misi yang berlainan.
“Kargu” turut digunakan oleh pasukan khas Turki dan unit-unit lain tentera negara itu sejak 2018. — DSA
Jom!!!! follow Twitter, Telegram, Facebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore