(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah kapal selam berkuasa nuklear British telah dengan sengaja timbul (surfaced) berdekatan dengan kapal perisik Russia, Yantar ketika ia dalam misi perisikan di dalam perairan United Kingdom pada akhir tahun lepas.
Tindakan kapal selam berkuasa nuklear Britain itu timbul berdekatan dengan kapal perisik Russia merupakan suatu “amaran dan mesej” bahawa pergerakan kapal perisik itu sedang dipantau rapi oleh Tentera Laut Britain.
Britain memiliki lima buah kapal selam berkuasa nuklear kelas-Astute.
Kapal selam kelas-Astute Tentera Laut Britian itu terdiri daripada tujuh buah kapal selam berkuasa nuklear — HMS Astute, Ambush, Artful, Audacious dan Anson kini dalam perkhidmatan aktif, manakala dua lagi kapal selam – HMS Agincourt dan HMS Agamemnon – sedang dalam pembinaan.
Antara sistem persenjataan dimiliki oleh kapal-kapal selam berkuasa nuklear kelas-Astute ialah Tomahawk Land Attack Cruise (TLAM), yang membolehkan kapal selam itu menyerang sasaran darat ratusan kilometer di pedalaman dengan ketepatan tinggi.
Tomahawk IV adalah versi terkini peluru berpandu itu, dengan jarak lebih jauh berbanding versi sebelumnya (melebihi 1,600km).
Pendedahan tentang kapal selam berkuasa nuklear Britain itu dengan sengaja timbul berdekatan dengan kapal perisik Russia, Yantar pada akhir tahun lepas berlaku ketika kapal perisik itu kembali ke perairan United Kingdom bulan ini dipercayai untuk meneruskan kerja-kerja pemetaan infrastruktur bawah laut negara Eropah itu.
Kapal perisik Russia, Yantar itu dikesan berada dalam perairan United Kingdom pada November tahun lepas, dengan Setiausaha Pertahanan negara itu John Healey menyatakan bahawa kapal Russia “sedang berlegar-legar” berhampiran infrastruktur kritikal bawah laut miliknya.
Beliau berkata pihak Tentera Laut Britain telah mengerahkan beberapa aset maritimnya termasuk pesawat peronda maritim dan kapal-kapal perang permukaan untuk mengawasi pergerakan Yantar.
“Dalam satu peringkat, kapal selam berkuasa nuklear Britain telah timbul berhampiran Yantar untuk memberikannya mesej bahawa kapal selam kita memerhati setiap pergerakannya,” kata Healey.
Adalah sesuatu yang jarang-jarak berlaku di mana kerajaan United Kingdom memaklumkan tentang apa-apa aktiviti kapal selam berkuasa nuklearnya, tetapi kali ini, ia berkemungkinan sengaja memberikan maklumat itu sebagai mesej kepada Russia untuk menghentikan aktivti perisikannya di dalam perairan United Kingdom itu.
Beberapa hari lalu, Tentera Laut British mengerah dua buah kapal perangnya, HMS Somerset dan HMS Tyne untuk mengawasi kapal perisik Russia sebaik sahaja kapal tersebut berlayar dan kembali memasuki perairan United Kingdom untuk kali kedua dalam tempoh tiga bulan.
Kehadiran kapal Russia Yantar di dalam perairan United Kingdom itu berlaku ketika terdapat kebimbangan yang tinggi terhadap keselamatan infrastruktur bawah permukaan laut di Eropah daripada serangan subversif oleh Russia.
John Healey berkata bahawa kapal perisik Russia itu dipercayai sedang dalam misi mengumpul maklumat tentang infrastruktur kritikal United Kingdom .
Beliau berkata,ini adalah kehadiran buat kali kedua kapal Russia, Yantar itu di dalam perairan United Kingdom di dalam tempoh tiga bulan.
Healey menuduh Presiden Russia Vladimir Putin sedang berusaha untuk mengancam keselamatan Eropah dengan mensasarkan infrastruktur kritikal bawah permukaan laut membawa minyak, elektrik, gas dan internet.
Kapal perisik Russia dinamakan Yantar itu yang secara rasminya dikategorinya kapal penyelidikan marin dikesan berada dalam perairan United Kingdom kira-kira 70km daripada pesisir pantainya, jauh di dalam kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) negara itu.
“Kapal ini (Yantar) ini adalah kapal perisik Russia,” katanya dan menambah bahawa kapal Russia itu dikesan belayar di dalam perairan United Kingdom pada November tahun lepas.
Pada ketika itu, Healey menyatakan bahawa kapal Russia sedang “berlegar-legar” di kawasan perairan berhampiran dengan infrastruktur kritikal bawah laut milik United Kingdom.
Kapal Russia itu kemudiannya belayar ke perairan Ireland di timur Dublin, sekaligus meningkatkan lagi kebimbangan bahawa kapal Russia Yantar itu sedang mengumpul maklumat perisikan tentang infrastruktur internet di antara United Kingdom dan Ireland.
— DEFENCE SECURITY ASIA