Kapal Penyelidik Marin China Dikesan Berada Di Perairan ZEE Malaysia Dan Brunei

Menurut pemerhati OSINT (Open Source Intelligence) yang memantau kehadiran kapal itu menggunakan aplikasi Marine Traffic, kapal penyelidik marin China itu dikenalpasti sebagai “Xiang Yang Hong 10”.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah kapal penyelidik marin China dikesan berada berada di dalam perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia dan Brunei.

Menurut pemerhati OSINT (Open Source Intelligence) yang memantau kehadiran kapal itu menggunakan aplikasi Marine Traffic, kapal penyelidik marin China itu dikenalpasti sebagai “Xiang Yang Hong 10”.

Pemerhati berkata, kapal penyelidik marin China itu telah pun berada di perairan ZEE Malaysia dan Brunei sejak bulan lepas.

Kawasan ZEE perairan di mana kapal penyelidik marin China itu beroperasi dipercayai berhampiran kawasan blok-blok laut dalam yang kaya dengan minyak dan gas yang sedang dioperasi oleh syarikat-syarikat minyak dan gas termasuk Petronas.

Tidak pasti sama ada TLDM sedar akan kehadiran kapal penyelidik marin China di dalam kawasan perairan ZEE negara dan sama ada pihak berkuasa menghantar aset untuk memantau kegiatan kapal itu.

Operasi kapal penyelidik marin China “Xiang Yang Hong 10” di perairan ZEE Malaysia dan Brunei.

 

Setakat ini, kapal penyelidik marin China “Xiang Yang Hong 10” itu beroperasi di dalam lingkungan undang-undang antarabangsa itu ia hanya berada di dalam kawasan ZEE dan tidak menceroboh perairan milik negara (territorial waters).

Kapal Xiang Yang Hong 10 ditakrifkan sebagai “Ocean Survey Ship” dan dioperasikan oleh State Oceanic Administration of China. 

Selain itu, ada pihak juga mengatakan kapal Xiang Yang Hong 10 ini adalah “submarine support ship.”

Dalam ekspedisi ke Lautan Hindi pada 2016, ia dengan dibantu oleh Bathyscapes “Qianlong-1” dan “Qianlong-2” dipercayai telah menjalankan kajian tentang kandungan polymetallic sulfides di dasar lautan dan lain-lain sumber asli yang terdapat di dasar lautan.

Kapal “Xiang Yang Hong 10”

 

Selain kapal penyelidik marin China yang dikesan berada di perairan ZEE Malaysia dan Brunei, kapal-kapal penyelidik marin negara itu juga dikesan berada di perairan ZEE Filipina dan Vietnam pada ketika ini, sebagaimana didakwa oleh pemerhati OSINT antarabangsa.

China menghantar kapal penyelidik marin Xiang Yang Hong 03 ke perairan ZEE Vietnam manakala kapal Hai Da Hao ke perairan ZEE Filipina.

DEFENCE SECURITY ASIA

ChinaXiang Yang Hong 10ZEE
Comments (19)
Add Comment