Kapal Friget Iran “Sahand” (F-74) Tenggelam. Masalah Teknikal Atau “Sabotaj” ???

Diperakui sebagai antara kapal perang termoden yang dimiliki oleh Tentera Laut Iran, kapal friget kelas-Moudge dinamakan “Sahand” (F-74)  milik negara itu dilaporkan telah tenggelam di Pelabuhan Bandar Abbas hari ini.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Diperakui sebagai antara kapal perang termoden yang dimiliki oleh Tentera Laut Iran, kapal friget kelas-Moudge dinamakan “Sahand” (F-74)  milik negara itu dilaporkan telah tenggelam di Pelabuhan Bandar Abbas hari ini.

Menurut laporan media tempatan mendakwa kapal perang Tentera Laut Iran yang kini beroperasi di bawah pemerintahan Armada Selatan Tentera Laut Iran itu hampir tenggelam selepas ia terlibat dalam satu insiden yang tidak dinyatakan dengan jelas.

Terdapat juga laporan mendakwa “Sahand” tenggelam selepas kegagalan teknikal ketika ia sedang menjalani kerja-kerja penyelenggaraan di pelabuhan di Bandar Abbas yang merupakan ibu kota kepada wilayah Hormozgan.

Kegagalan teknikal itu telah menyebabkan air memasuki beberapa bahagian kapal perang itu, sehingga menyebabkan ia tidak stabil dan beberapa bahagian kapal perang itu hampir tenggelam ke dasar laut pada ketika ini.

Namun beberapa pihak enggan menolak kemungkinan bahawa kapal friget kelas-Moudge “Sahand” itu tenggelam akibat menjadi mangsa kepada tindakan sabotaj oleh pihak tertentu.

“Sahand”

 

Kementerian Pertahanan atau Angkatan Tentera Iran belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan punca kejadian yang menyebabkan kapal perang “Sahand” yang merupakan antara kapal perang termoden Iran itu, tenggelam.

Laporan daripada media tempatan juga mendakwa terdapat dikalangan krew kapal perang itu telah mengalami kecederaan akibat insiden yang berlaku di Pelabuhan Bandar Abbas dan telah dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Kapal friget “Sahand” itu telah ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Iran pada tahun 2012, menjadikannya hanya berusia 12 tahun.

Ia dinamakan “Sahand” bersempena dengan sebuah lagi lagi kapal perang Tentera Laut Iran dengan nama yang sama “Sahand”, yang tenggelam selepas dibedil oleh tentera laut Amerika Syarikat dalam Operasi Praying Mantis pada Perang Iran-Iraq pada 1988.

Adalah amat malang sekali, kedua-dua buah kapal perang Tentera Laut Iran dinamakan “Sahand” telah tenggelam.

Walaupun hanya berusia 12 tahun yang disifatkan “masih muda”, namun kapal friget “Sahand” telah menjalani beberapa program menaiktaraf, dimana ia telah dilengkapi dengan peralatan baru seperti radar AESA (Active Electronically Scanned Array).

Ia dinamakan “Sahand” bersempena dengan sebuah lagi lagi kapal perang Tentera Laut Iran dengan nama yang sama “Sahand”, yang tenggelam selepas dibedil oleh tentera laut Amerika Syarikat dalam Operasi Praying Mantis pada Perang Iran-Iraq pada 1988.

 

Selain itu, program menaiktaraf itu menyaksikan kapal perang “Sahand” yang telah tenggelam itu dilengkapi dengan sistem pertahanan udara jarak sederhana “Mehrab”  serta sistem peluru berpandu anti-kapal “Qader,”

Ia juga dilengkapi dengan meriam-meriam 76mm dan 40mm serta tiub-tiub torpedo untuk misi Anti-Submarine Warfare (ASW).

Menurut pemerhati, kerja-kerja menaiktaraf dan melengkapkan kapal friget Tentera Laut Iran dengan beberapa sistem persenjataan moden, telah menyebabkan pusat graviti “Sahand” berubah dan memungkinkan ia tidak dapat menampung bebanan dan  tenggelam.

Sejak beberapa bulan yang lalu, Iran telah menghantar kapal-kapal perangnya termasuk “Sahand” ke perairan di Laut Merah untuk melakukan rondaan.

Selain untuk tujuan rondaan di perairan Laut Merah, kapal-kapal perang Iran itu juga dipercayai terlibat dalam menyalurkan maklumat-maklumat teknikal tentang kedudukan kapal-kapal perang Amerika dan sekutunya serta kapal-kapal komersial yang berdegil untuk melalui kawasan perairan itu.

Walaupun hanya berusia 12 tahun yang disifatkan “masih muda”, namun kapal friget “Sahand” telah menjalani beberapa program menaiktaraf, dimana ia telah dilengkapi dengan peralatan baru seperti radar AESA (Active Electronically Scanned Array).

 

Kapal-kapal perang Iran itu dipercayai menjadi “mata dan telinga” kepada kumpulan bersenjata Houthi yang disokong oleh Teheran, terutamanya dalam menyalurkan maklumat tentang kedudukan kapal-kapal komersial di Laut Merah supaya peluru-peluru berpandu dilancar oleh kumpulan Houthi mengenai sasaran dengan tepat.

Pejuang Houthi itu juga didakwa menggunakan peluru-peluru berpandu dibekal oleh Iran untuk membedil kapal-kapal komersial yang melalui perairan Laut Merah itu.

Dibina oleh Nedaja Factories, kapal perang “Sahand” itu memiliki berat keseluruhan di antara 2,000 tan hingga 2,500 tan dan boleh mencapai kelajuan sehingga 30 knot ketika belayar di perairan. — DSA

featuredFrigetIranSahand
Comments (1)
Add Comment