KAI Intai Peluang Bekal Light Armed Helicopter (LAH) Pada Tentera Darat Malaysia

Sumber industri memberitahu Defence Security Asia bahawa syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) sedang “mengintai” peluang untuk membekalkan Light Armed Helicopter (LAH) kepada Tentera Darat Malaysia.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sumber industri memberitahu Defence Security Asia bahawa syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) sedang “mengintai” peluang untuk membekalkan Light Armed Helicopter (LAH) kepada Tentera Darat Malaysia.
Minggu lepas, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan menghadiri Korea Army International Defence Industry Exhibition (KADEX) di Korea Selatan.
Ketika menghadiri KADEX, beliau telah melawat booth KAI dan telah diberi penerangan mengenai LAH buatan KAI itu.
“KAI sedang cuba mengintai peluang untuk membekalkan Light Armed Helicopter (LAH) kepada Tentera Darat Malaysia.”
“Tentera Darat Malaysia dilaporkan berhasrat untuk mendapatkan helikopter bersenjata ringan dalam memperkuatkan keupayaan serangan mereka,” kata sumber industri itu kepada Defence Security Asia baru-baru ini.
Light Armed Helicopter (LAH)
Helikopter LAH yang dibangunkan oleh KAI adalah hasil kerjasama dengan Airbus berdasarkan kepada platform yang telah terbukti keberkesanannya, Airbus H155.
Ia dijangka mula dibekalkan kepada Tentera Darat Korea Selatan pada tahun ini bagi menggantikan helikopter bersenjata ringan yang digunakan pada ketika ini iaitu MD500 dan AH-1S.
KAI dijangka akan mula menyerahkan 10 buah helikopter LAH itu kepada Tentera Darat Korea Selatan bermula pada Disember tahun ini.
Helikopter LAH dibangunkan oleh KAI itu memiliki berat keseluruhan hampir 5 tan dan berkemampuan meluncur selaju lebih 200km sejam sejauh 277 Batu Nautika (513km). Ia juga boleh berada di udara selama dua jam 56 minit.
Ia juga boleh terbang setinggi lebih 8,800 kaki.
Panglima Tentera Darat ketika meninjau LAH pada pameran KADEX baru-baru ini.
Antara ciri-ciri utama LAH dibangunkan oleh KAI adalah — Full Digital Glass Cockpit, lima bilah kipas komposit (5 main rotor composite blade), 2x Safran Arriel 2L2 with FADEC, Ducted Type Tail Rotor, Sistem Peperangan Elektronik, Sistem Kawalan Penerbangan dan Sistem Persenjataan Bersepadu.
Antara sistem persenjataan yang boleh dibawa oleh helikopter LAH itu termasuklah, 2.75 inci roket tidak berpanduan (unguided rockets), peluru berpandu udara-ke-darat dan meriam 20mm.
Ia juga dilengkapi dengan Target Acquisition Designation System (TADS) untuk operasi siang dan malam serta dalam semua keadaan cuaca manakala juruterbangnya pula dengan Helmet Mounted Display (HMD).
Helikopter LAH direkabentuk untuk melaksanakan misi-misi seperti Anti-Kereta Kebal, Armed Aerial Escort dan Close Air Support (CAS).  — DSA

featuredHelikopterKAILAH
Comments (0)
Add Comment