Jepun Pertaruh Pertahanan Maritimnya Pada 22 Buah Friget “Mogami”

Bermula daripada tahun 2019, kerajaan Jepun mula membina kapal friget pelbagai guna dinamakan “Mogami”, kelas kapal perang yang sarat dilengkapi dengan peluru berpandu dan pelbagai sistem lain untuk melakukan rondaan di perairan Laut China Timur dan Indo-Pasifik.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika China dan Russia meningkatkan kekerapan penghantaran kapal-kapal perangnya ke perairan di sekeliling Jepun, negara Matahari Jepun itu pula meletakkan kepercayaannya kepada sekumpulan kapal friget pelbagai misi (multi-mission frigate) untuk menangani ancaman daripada negara-negara jirannya itu.

Bermula daripada tahun 2019, kerajaan Jepun mula membina kapal friget pelbagai guna dinamakan “Mogami”, kelas kapal perang yang sarat dilengkapi dengan peluru berpandu dan pelbagai sistem lain untuk melakukan rondaan di perairan Laut China Timur dan Indo-Pasifik.

Sudah tentu kawasan sasaran operasinya adalah di perairan sekitar Senkaku/Diaoyu di Laut China Timur yang dimiliki oleh Tokyo tetapi dituntut oleh Beijing serta Taiwan sebagai milik mereka.

Dengan kos setiap kapal dianggarkan pada US$346 juta (RM1.4 bilion), kerajaan Jepun merancang untuk membina sehingga 22 buah kapal friget kelas-Mogami yang juga dikenali dengan nama “30FFM” dan “30DX” antara lain.

Sepuluh buah daripada kapal perang itu dirancang dibina di antara tahun 2019 hingga 2023 dibawah Mid Term Defense Program (MTDF) kerajaan Jepun.

Menjelang tahun 2032, Tokyo menjangkakan kesemua 22 buah kapal friget berkuasa tinggi yang dibina oleh syarikat Mitsubishi Heavy Industries (MHI) dan Mitsui itu sudah siap dibina untuk berdepan dengan kapal-kapal “musuh”.

Pada June lalu, kapal perang kelima kelas-Mogami “JS Yahagi” telah dilancarkan oleh syarikat MHI, dengan kapal perang itu dijangka memasuki perkhidmatan Tentera Laut Jepun (Japan Maritime Self Defense Force) pada tahun depan.

Kapal (lead ship) kelas-Mogami yang dinamakan “JS Mogami” telah ditauliahkan ke dalam perkhidmatan tentera laut negara itu pada Mac 2022.

“JS Mogami” (no pennant FFM-1) merupakan friget kedua daripada kelas-Mogami yang ditauliahkan selepas friget “JS Kumano.” (FFM-2).

Kapal kelas-Mogami ketiga dan keempat, “JS Noshiro” dan “JS Mikuma” juga telah dilancarkan pada 2021 dan berkemungkinan ditauliahkan kepada perkhidmatan tentera laut Jepun pada Dis tahun ini dan Mac tahun depan.

Apa yang menarik mengenai kapal friget pelbagai misi kelas-Mogami ini adalah, walaupun setiap kapal itu memiliki berat sehingga 3,900 tan dan dilengkapi dengan pelbagai persenjataan serta sistem berteknologi tinggi, tetapi bilangan krew adalah seramai 90 orang.

Indonesia juga dikatakan berminat untuk mendapatkan kapal friget kelas-Mogami untuk melengkapkan tentera lautnya,

Bagaimanapula spesifikasi kapal friget kelas-Mogami ini?

Peluru berpandu anti-kapal “Type 17”.

 

Kapal friget kelas-Mogami itu memperolehi kuasanya menerusi dua enjin CODAG (Combined Diesel and Gas) propulsion system yang memungkinkan ia mencapai kelajuan maksimum 30 knot.

Kesemua 22 buah kapal friget kelas-Mogami itu akan dilengkapi dengan sistem persenjataan meriam 127mm yang dibangunkan oleh firma BAE Systems dan lapan pelancar peluru berpandu anti-kapal Type 17 (SSM-2) yang boleh membedil sasaran sejauh 200km.

Selain itu,kapal-kapal friget kelas-Mogami itu juga akan dilengkapi dengan sistem Raytheon SeaRam Close In Weapon System (CIWS) yang dilengkapi dengan RIM-116C Block 2 Rolling Airframe Missile (RAM).

Kapal friget itu juga akan dilengkapi dengan variable depth sonar dan towed array sonar bagi anti-submarine warfare (peperangan anti-kapal selam).

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Selain kemampuan anti-pesawat, anti-permukaan dan anti-kapal selam, kapal-kapal friget kelas-Mogami juga akan dilengkapi dengan Autonomous Underwater Vehicle (AUV) yang dibangunkan sendiri oleh MHI dan Unmanned Surface Vehicle (USV).

Kedua-dua sistem yang buat pertama kalinya diperkenalkan pada kapal-kapal friget Jepun itu bagi membantu operasi anti-periuk api.

Selain itu, ia juga akan memiliki sistem-sistem variable depth sonar dan towed array sonar untuk operasi peperangan anti-kapal selam (ASW).

 Setiap sebuah kapal friget Mogami juga memiliki helikopter SH-60.— DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
featuredFrigetJepunmaritimMogami
Comments (0)
Add Comment