Israel Peroleh 25 Buah F-15IA Bernilai US$5.2 Billion (RM21.95 Billion) Dari Amerika Syarikat

Perolehan pesawat pejuang F-15 buatan syarikat Boeing itu juga menunjukkan bahawa Amerika Syarikat tetap menjadi pembekal senjata terbesar kepada Israel dan menjadi “pelindung” utama kepada keselamatannya.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan Israel menandatangani kontrak perolehan 25 buah pesawat pejuang F-15 dianggarkan bernilai US$5.2 billion (RM21.95 billion) yang disifatkannya sebagai “amat bersejarah”.
Pesawat-pesawat pejuang akan mula diserahkan pada tahun 2031 dan mengambil masa selama lima bagi kesemua 25 buah pesawat pejuang itu diserahkan kepada Israel.
Perolehan pesawat pejuang F-15 buatan syarikat Boeing itu juga menunjukkan bahawa Amerika Syarikat tetap menjadi pembekal senjata terbesar kepada Israel dan menjadi “pelindung” utama kepada keselamatannya.
Perolehan 25 buah pesawat pejuang F-15 oleh Israel sebenarnya sudah dijangka sepanjang tahun walaupun Israel berhadap dengan konflik di Semenanjung Gaza dan beberapa negara jirannya terutama Iran, Lubnan, Syria dan Yemen.
Menurut kenyataan oleh Kementerian Pertahanan Israel, rundingan antara kedua-dua pihak diselesaikan beberapa hari lalu di antara wakil Kementerian Pertahanan Israel di Amerika Syarikat, syarikat Boeing dan Tentera Udara Israel.
F-15
Laporan media turut menyatakan bahawa ketua pengarahnya Mej Jen (Simpanan) Eyal Zamir telah menandatangani “kelulusan perolehan” (procurement authorization) pesawat pejuang itu ketika berada di Amerika Syarikat minggu lepas.
Pesawat pejuang yang bakal dinamakan F-15IA oleh Israel itu akan menggantikan pesawat-pesawat pejuang F-15 dan F-16 miliknya daripada varian terdahulu.
“Pesawat pejuang F-15IA akan dilengkapi dengan senjata-senjata yang canggih, termasuk diintergrasikan dengan teknologi moden Israel. Pesawat yang dinaiktaraf itu memiliki jarak yang dipertingkatkan, bebanan (payload) yang dipertingkatkan dan prestasi lebih baik meliputi keseluruhan senario dan operasi,” menurut Kementerian Pertahanan  Israel itu.
Kelebihan itu menurutnya, akan membolehkan Tentera Udara Israel mengekalkan kelebihan strategik dalam menangani cabaran pada masa kini dan masa depan di Timur Tengah.

Ketua pengarah Kementerian Pertahanan Israel Mej Jen (Simpanan) Eyal Zamir pula berkata, Israel telah memperolehi pelbagai jenis senjata terutamanya daripada Amerika Syarikat bernilai US$40 billion (RM175 billion)  sejak konflik di Semenanjung Gaza tercetus pada Oktober tahun lepas dan disusuli dengan konflik-konflik lain dengan Iran, Yemen, selatan Lubnan dan lain-lain.
Katanya, skuadron-skuadron baru F-15 dan skuadron ketiga F-35 yang Israel bersetuju untuk memperolehi lebih dahulu merupakan usaha-usaha meningkatkan kekuatan udaranya dan kemampuan strategiknya yang telah terbukti memainkan peranan penting dalam tempoh konflik ketika ini. — DSA

AmerikaF-15featuredIsrael