Iran Kerah Sistem EW Canggih “Cobra V8” Untuk Misi Jamming Pesawat Perisik Musuh

Berkemampuan “jamming” pesawat-pesawat perisik musuh sejauh 250km, sistem peperangan elektronik “Cobra V8” milik Iran ini dilaporkan pernah menghalang operasi perisikan pesawat peronda maritim P-8 Poseidon milik Tentera Laut Amerika Syarikat di menerusi aktiviti jamming.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Iran dilaporkan telah mengerah unit kedua sistem peperangan elektronik canggih miliknya dipanggil “Cobra V8” di Bandar Abbas yang berkemampuan “jamming” pesawat-pesawat perisik musuh yang menghampiri ruang udaranya.

Berkemampuan “jamming” pesawat-pesawat perisik musuh sejauh 250km, sistem peperangan elektronik “Cobra V8” milik Iran ini dilaporkan pernah menghalang operasi perisikan pesawat peronda maritim P-8 Poseidon milik Tentera Laut Amerika Syarikat di menerusi aktiviti jamming.

Ketika kejadian itu, pesawat P-8 Poseidon milik Tentera Laut Amerika Syarikat sedang beroperasi di Teluk Parsi.

Sistem peperangan elektronik multi-misi Cobra V8 berkemampuan memintas, menganalisa dan jamming signal radar pihak musuh.

Dibangunkan oleh Iran Electronic Industries (IEI), sistem peperangan elektronik Cobra V8 ia berkemampuan jamming signal-signal radar daripada pesawat-pesawat dan juga yang berada di daratan serta satelit-satelit Low Earth Orbit (LEO).

Tahun lepas, Ketua Pegawai Eksekutif IEI Iran Laksamana Amir Rastegari mendakwa pihaknya telah berjaya jamming dua pesawat pengintip asing dipercayai milik Amerika Syarikat menggunakan sistem peperangan elektronik (EW) yang dibangunkan oleh negara Parsi itu sendiri.

Beliau mendakwa insiden itu berlaku di ruang udara di sempadan negara itu dan membabitkan pesawat peronda maritim P-8 Poseidon milik Tentera Laut Amerika Syarikat.

“Pesawat pengintip asing itu terbang di dalam Flight Information Region (FIR) dan mula mengeluarkan gelombang untuk mengumpul maklumat perisikan dan kami telah menganggu aktiviti yang dijalankan oleh pesawat terbabit.”

“Juruterbang pesawat pengintip itu menyangka pesawatnya menghadapi masalah, jadi dia telah menghubungi pangkalan mengatakan sistem di pesawat itu mempunyai masalah dan beliau akan kembali (ke pangkalan).”

“Kita mempunyai rakaman perbualan itu,” kata beliau dalam temuramah dengan agensi berita Tasnim.

Sistem EW Cobra V8

 

“Kami (Iran) telah membangunkan keupayaan peperangan elektronik sejak beberapa tahun lepas untuk melindungi ruang udara dan perairan negara itu dan setiap ‘penyerang’ telah merasakan keupayaan kami,” kata beliau.

Iran mendakwa jurutera-juruteranya telah berjaya membangunkan teknologi membolehkan mereka mengesan “cap jari” kelengkapan elektronik musuh mereka termasuk gelombang radar digunakan oleh pesawat pejuang generasi kelima Amerika Syarikat, F-35.

Rastegari yang membuat dakwaan itu tahun lepas mengatakan bahawa disebabkan sekatan senjata oleh dunia terhadap Iran sejak 1979, maka negara itu telah membangunkan industri pertahanan elektronik tempatan yang berkeupayaan tinggi.

Keupayaan ini menurutnya, merangkumi radar dan pelbagai sistem peluru berpandu sehinggalah kepada satelit dan sistem peperangan elektronik.

“Kita memiliki ‘cap jari’ kelengkapan elektronik musuh. Sepertimana cap jari adalah unik bagi setiap manusia, ia adalah sama dengan sistem elektromagnetik dan kita telah berjaya membangunkan teknologi (untuk mengesan mereka) sejak beberapa tahun dahulu,”kata beliau kepada media tempatan.

Pesawat P-8 Poseidon

 

“Sebagai contoh, jika pesawat pejuang F-35 mula beroperasi dan memantau menggunakan radarnya, (radarnya) akan mengeluarkan gelombang yang berlainan daripada gelombang radar pesawat pejuang F-35 yang lain.”

“Pada hari ini, kita boleh mengenalpasti mereka (gelombang radar itu dan kita boleh menerima serta menganalisis aspek telekomunikasi, radio, signal magnetic dan menentukan ia dimiliki oleh pesawat F-35 yang mana,” kata beliau.

Menurutnya, jika pesawat pejuang F-35 yang sama beroperasi, pihak Iran akan mengetahuinya dengan segera selepas itu.

Kemampuan negara Parsi itu untuk mengawasi semua dimensi gelombang electromagnetic yang dihasilkan oleh pesawat-pesawat pejuang musuh membolehkan Iran untuk merancang operasi pertahanannya sebaik mungkin, kata Rastegari. — DSA

Cobra V8featuredIranJamming
Comments (0)
Add Comment