Iran Kerah “Bavar-373” Ke Syria, Tangani Serangan Udara Israel

Teheran mendakwa kemampuan sistem pertahanan udara “Bavar-373” adalah menyamai sistem pertahanan udara S-400 buatan Russia dan sistem pertahanan udara “Patriot” serta Terminal High Altitude Air Defense (THAAD) Amerika Syarikat.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Iran dilapor telah mengerahkan sistem pertahanan udara altitud tinggi, “Bavar-373” Syria bagi melindungi aset-aset dan anggota tentera serta militia yang bersekutunya dengannya  di negara Arab itu daripada ancaman serangan udara Israel.

Teheran mendakwa kemampuan sistem pertahanan udara “Bavar-373” adalah menyamai sistem pertahanan udara S-400 buatan Russia dan sistem pertahanan udara “Patriot” serta Terminal High Altitude Air Defense (THAAD) Amerika Syarikat.

Sistem pertahanan udara altitud tinggi yang mula memasuki perkhidmatan tentera Iran itu menggunakan peluru berpandu jarak jauh “Sayyad B4.”

Pihak tentera Iran mendakwa sistem pertahanan udaranya itu juga berkemampuan mengesan dan menjejak pesawat pejuang generasi kelima F-35I “Adir” milik Tentera Udara Israel yang didakwa halimunan.

Malah Teheran mendakwa radar sistem pertahanan udara itu telah berjaya mengesan pesawat-pesawat F-35 milik Israel dan F-22 Tentera Udara Amerika Syarikat yang dikatakan halimunan di luar sempadan Iran.

Tentera Udara Amerika Syarikat menempatkan F-22 di Qatar, sebagai sebahagian daripada misi mempertahankan kepentingannya dan sekutunya di Timur Tengah.

Selain pesawat-pesawat pejuang, sistem pertahanan udara “Bavar-373” itu juga berkemampuan mengesan dan menangani ancaman daripada peluru-peluru berpandu kruis, balistik dan juga pesawat-pesawat tanpa pemandu.

Israel telah meningkatkan serangan udara menggunakan pesawat F-35I terhadap kedudukan anggota tentera Iran dan kumpulan-kumpulan militan yang bersekutu dengan Teheran di Syria.

Selain itu serangan udara Israel di Syria juga menyasarkan gudang-gudang senjata dan infrastruktur ketenteraan yang digunakan oleh Iran serta kumpulan militant disokongnya.

Radar X-Band Sistem Pertahanan Udara “Bavar-373”

 

Iran dikatakan telah mengubah strateginya di Syria dengan membelanjakan jutaan dollar sejak dua tahun lepas untuk menempatkan sistem pertahanan udaranya sendiri di negara Arab itu dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada sistem pertahanan udara yang dioperasikan oleh tentera Syria.

Selain itu pakar-pakar pertahanan udara tentera Iran juga dihantar ke Syria untuk meningkatkan kemampuan sistem pertahanan udara negara itu.

Pada November tahun lepas, pihak tentera Iran mendakwa sistem pertahanan udara “Bavar-373” yang menggunakan radar X-Band telah berjaya mengesan sasaran daripada kedudukan sejauh 450km.

Pesawat F-35I “Adir” Tentera Udara Israel

 

Altitud maksimum peluru berpandu sistem pertahanan udara itu juga telah berjaya dipertingkatkan daripada 27km kepada 32km.

Sebelum dinaiktaraf, sistem pertahanan udara “Bavar-373” itu hanya berkemampuan mengesan sasaran sejauh 350km. — DSA

OM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

 

 

 

Bavar-373F-35IfeaturedIranSyria