Indonesia Borong 36 Pesawat Pejuang Rafale Dan 8 Buah F-15 EX

Syarikat pembuat pesawat pejuang Rafale iaitu Dassault Aviation telah “berkampung” di Malaysia selama beberapa tahun untuk menarik perhatian kerajaan supaya membeli pesawat Rafale untuk TUDM, tetapi akhirnya Indonesia yang membeli pesawat itu. Kita pula masih berusaha untuk "memanjangkan usia" Hornet dan Sukhoi kita dengan SLEP.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Indonesia mengumumkan ia akan memperolehi 36 buah pesawat pejuang Rafale buatan syarikat Dassault Aviation dan lapan buah F-15 EX yang dibangunkan oleh syarikat Boeing untuk Tentera Nasional Indonesia- Angkatan Udata (TNI-AU).

Perkara itu disahkan oleh Kepala Staf Angkatan Udaranya Marsekal Fadjar Prasetyo.

Beliau berkata dengan perolehan pesawat-pesawat pejuang Rafale dan F-15 EX itu, Tentera Udara Indonesia akan menwujudkan tiga lagi skuadron pesawat pejuang generasi 4.5 untuk menjaga keselamatan ruang udaranya.

Sejak beberapa tahun kebelakangnya ini, Indonesia memasang impian untuk memiliki pesawat-pesawat pejuang medium dan heavy.

Sebelum ini, syarikat pembuat pesawat pejuang Rafale iaitu Dassault Aviation telah “berkampung” di Malaysia selama beberapa tahun dalam usahanya untuk menarik perhatian kerajaan supaya membeli Rafale untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pesawat Omnirole Rafale buatan Dassault Aviation mampu membawa pelbagai jenis senjata moden.

 

Tetapi usaha keras dan “belanja besar” Dassault Aviation di Malaysia tidak menemui hasilnya kerana kerajaan Malaysia terus senyap sehingga kini.

Admin rasa pejabat wakil jualan Dassault Aviation di Malaysia pun dah tutup kerana misi mereka di negara ini telah gagal.

Dassault menaruh harapan besar terhadap Malaysia kerana kita mempunyai sejarah yang panjang dengan sistem pertahanan buatan Perancis dan mungkin merasakan selepas kapal selam Scorpene dan A400M, mungkin kita akan membeli Rafale pula.

Tetapi ia tidak menjadi kenyataan walaupun Dassault telah bertahun-tahun melobi Malaysia.

Takpelah, lagi pun pesawat-pesawat lapan buah F/A-18C/D dan 18 buah Su-30MKM kita masih boleh “dipanjangkan” usianya sehingga tahun-tahun 2035 dan 2040 dan mungkin juga lebih daripada itu untuk terus berkhidmat.

Cukup umur 100 tahun, kita boleh buat lagi SLEP (Service Life Extension Programme) lagi.

Nampaknya, rezeki Dassault Aviation adalah di Indonesia.

Dengan perolehan pesawat-pesawat pejuang Rafale dan F-15 EX, maka negara jiran kita itu telah secara rasmi membatalkan usahanya untuk memperolehi pesawat-pesawat pejuang Sukhoi Su-35 buatan Russia.

Sebab utama mengapa Jakarta sudah tidak lagi berminat dengan pesawat Su-35 adalah kerana CAATSA (Countering America’s Adversaries Through Sanctions Act (CAATSA),undang-undang Amerika Syarikat yang dikenakan terhadap Iran, Korea Utara dan Russia.

Mana-mana negara yang membeli senjata daripada Russia juga boleh dikenakan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat menggunakan undang-undang dibawah CAATSA.

Pesawat pejuang F-15 .

Fadjar juga mengatakan bahawa pesawat Rafale memang hangat di pasaran pada ketika ini dengan satu demi satu negara “memborong” berbelanja besar untuk memperolehi pesawat pejuang “omnirole” itu.

Terbaru adalah Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang memutuskan untuk membayar sebanyak US$19 bilion (RM76 bilion) untuk memperolehi 80 buah pesawat pejuang Rafale daripada Perancis itu.

Pesawat-pesawat pejuang Rafale itu akan mula dihantar ke UAE bermula pada tahun 2027, bertujuan menggantikan puluhan pesawat pejuang Mirage 2000 yang digunakan oleh tentera udara negara itu.

Selain pesawat-pesawat pejuang Rafale itu, UAE turut bersetuju untuk membeli 12 buah helikopter Caracal daripada syarikat Airbus.

Persetujuan UAE untuk membeli 80 buah pesawat pejuang Rafale itu dimeterai selepas usaha negara Teluk itu untuk mendapatkan pesawat pejuang F-35 daripada Amerika Syarikat berhadapan dengan masalah akibat sikap Presiden Jo Biden.

Pesawat F-15 Eagle

 

DEFENCE SECURITY ASIA

F-15 EXfeaturedIndonesiaMalaysiaRafaleSu-35TUDM