Imej Satelit Terkini Tunjuk Pangkalan Udara Iran, Sistem Pertahanan S-300 Tidak Alami Kerosakan

Beberapa hari selepas serangan peluru berpadu ballistik didakwa dilancar oleh pesawat Israel itu, imej-imej satelit terkini menunjukkan serangan peluru berpandu oleh negara Yahudi itu adalah “suatu kegagalan” dengan imej satelit menunjukkan Pangkalan Udara Shekari di Isfahan yang menempatkan sistem pertahanan udara S-300 Iran tidak mengalami sebarang kerosakan.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lalu, media-media Amerika Syarikat dan Israel mendakwa pesawat-pesawat pejuang Israel melancarkan tiga peluru berpandu ballistik terhadap sistem pertahanan udara S-300 di sebuah pangkalan udara Iran di Isfahan.

Pangkalan udara Shekari di Isfahan yang menempatkan sistem pertahanan udara S-300 itu mengawal kemudahan pengkayaan uranium miliknya di Natanz, tidak jauh daripada bandar ketiga terbesar di Iran itu.

Akhbar The New York Times yang memetik dua pegawai kanan keselamatan Barat mendakwa bahawa serangan tiga peluru berpandu ballistik dilancar pesawat pejuang negara Yahudi  itu bertujuan memastikan Iran “berfikir dua kali” sebelum ia melakukan serangan balas terhadap Israel.

“Peluru berpandu (dilancar Israel) itu bertujuan memberitahu Iran bahawa peluru berpandu Israel mampu itu mampu mengelak dan menewaskan sistem pertahanan udara Iran,” kata sumber-sumber pegawai kanan keselamatan Barat terbabit.

Namun beberapa hari selepas serangan didakwa dilancar oleh pesawat Israel itu, imej-imej satelit terkini  menunjukkan serangan peluru berpandu oleh negara Yahudi itu adalah “suatu kegagalan” dengan imej satelit menunjukkan pangkalan udara itu tidak mengalami sebarang kerosakan.

Apa yang lebih penting adalah, lokasi penempatan sistem pertahanan S-300 di Pangkalan Udara Shekari di Isfahan itu tidak mengalami sebarang kerosakan atau tanda-tanda ia telah diserang oleh peluru berpandu ballistik Israel.

“Bukan sahaja serangan peluru berpandu didakwa oleh Israel itu gagal, malah serangan oleh dron quadcopter juga menemui kegagalan. Gambar satelit menunjukkan lokasi sistem pertahanan udara S-300 itu tidak mengalami sebarang kerosakan.”

“Tiada langsung lubang-lubang hasil bedilan peluru berpandu ballistik dapat dikesan daripada gambar satelit itu,” kata penganalisis.

Menurut penganalisis ketenteraan, serangan peluru berpandu ballistik oleh Israel itu berkemungkinan besar dilaksanakan pesawat pejuang generasi kelimanya, F-35I “Adir” yang berlepas daripada pangkalan tentera dalam negara itu.

Pesawat pejuang F-35 Israel itu membawa tiga butir peluru berpandu ballistik lancaran udara (Air Launched Ballistic Missile – ALBM), berkemungkinan besar “ROCKS” dan “Blue Sparrow.”

Keluarga peluru berpandu ballistik “Sparrow” yang dibangunkan oleh firma pertahanan Israel itu mempunyai kemampuan untuk membedil sasaran sejauh 2,000km.

Selain dioperasikan sebagai “target missile” oleh tentang Israel, peluru berpandu ballistik “Blue Sparrow” itu juga boleh bertindk sebagai senjata stand-off dan dilengkapi dengan kepala peledak untuk membedil sasaran-sasaran tentera.

Pada masa yang sama, Israel telah mengarahkan kumpulan bersenjata disokongnya di dalam Iran untuk melancarkan serangan tiga dron kecil quadcopter dilengkapi bahan letupan terhadap sistem radar milik sistem pertahanan udara S-300 di Pangkalan Udara Shekari di Isfahan itu.

Tujuan serangan dron quadcopter itu adalah untuk menganggu sistem radar milik S-300 bagi membolehkan peluru berpandu ballistik Israel membedilnya.

Tiga dron quadcopter membawa bahan letupan menghampiri sasarannya tetapi meriam-meriam sistem pertahanan udara Iran berjaya menembaknya jatuh.

“S-300”
Anggota tentera Iraq memeriksa serpihan booster peluru berpandu ballistik Israel yang ditemui di wilayah Aziziya dan Latifiya, Iraq.

 

Apabila Israel mengetahui bahawa serangan oleh dron-dron quadcopter itu menemui kegagalan, maka ia mengambil keputusan untuk membatalkan misi membedil sistem pertahanan udara S-300 Iran itu dan menghentikan (abort) pelancaran peluru berpandu ballistik ketika ia masih di ruang udara Iraq.

Oleh kerana itulah, petani-petani Iraq telah menemui booster milik peluru berpandu Israel itu di Iraq.

Petani-petani di Iraq telah menemui serpihan booster milik dua butir peluru berpandu Israel di kawasan Latifiya dan Al-Aziziya di Iraq yang terletak lebih daripada 100km daripada sempadan Iran.

Seorang lagi penganalisis menyatakan bahawa ketiga-tiga peluru berpandu ballistik dilancar oleh pesawat F-35 Israel telah ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara “Khordad” tentera Iran yang berpangkalan di bandar Dezful. — DSA

featuredIranIsraelS-300
Comments (0)
Add Comment