Lapan Tahun Tiada Pembeli, CEO Syarikat Bina Gripen “Kecewa”

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Saab Group Micael Johansson memberitahu wartawan di Sweden itu tentang “kekecewaannya” berhubung kegagalan syarikat itu menarik minat negara-negara lain untuk membeli pesawat pejuang Gripen. Kali terakhir Saab berjaya menjual Gripen adalah lapan tahun lepas.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Apa sudah jadi dengan pesawat pejuang Gripen yang dibangunkan oleh syarikat Saab Group daripada Sweden?

Baru-baru ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat terkenal Sweden itu Micael  Johansson memberitahu wartawan di negara Scandinavia itu tentang “kekecewaannya” berhubung kegagalan pesawat pejuang menarik minat pembeli-pembeli selain daripada Sweden.

Bercakap kepada media negara itu di ibu pejabat Saab di Stockholm pada 26 Ogos lepas, beliau berkata pesawat pejuang Gripen gagal menepati sasarannya dalam pasaran eksport dan menyalahkan faktor-faktor politik sebagai punca disebalik kegagalan itu.

Tiga buah pesawat Gripen Tentera Udara Diraja Thailand.

 

Kali terakhir pesawat pejuang Gripen berjaya memenangi persaingan membekalkan pesawat kepada negara asing adalah pada 2014 apabila ia berjaya menambat hati Brazil yang bersetuju membeli 36 buah pesawat pejuang buatan Sweden itu bernilai US$5.4 bilion.

Daripada segi prestasi dan kemampuan pesawat pejuang itu, Johansson berkata, tiada apa yang membeza Gripen dengan pesawat-pesawat pejuang yang setanding dengannya.

Pesawat pejuang Gripen ini terletak di dalam kategori pesawat pejuang ringan, dibawah sedikit daripada pesawat-pesawat pejuang yang lain seperti F-16 dan Rafale.

Gripen ini menurut para pemerhati, terletak di dalam kategori yang setanding dengan pesawat pejuang seperti Tejas daripada India dan JF-17 yang dibangunkan oleh Pakistan serta China.

Pesawat pejuang kebanggaan industri pertahanan Sweden itu menggunakan enjin F404 sebagaimana yang digunakan oleh Tejas.

“Tejas”

 

Enjin F404 oleh General Electric itu pada mulanya dibangunkan untuk kegunaan pesawat F-18 Hornet, manakala pesawat JF-17 pula menggunakan enjin RD-33 yang turut digunakan untuk pesawat pejuang MiG-29.

Menurut para pemerhati, Gripen dan pesawat pejuang yang seangkatan dengannya mempunyai prestasi penerbangan yang kurang memuaskan berbanding pesawat pejuang yang lebih berat.

Disebabkan ia adalah pesawat pejuang ringan, Gripen terhad untuk hanya membawa radar yang kecil serta tidak berkemampuan membawa bebanan persenjataan yang lebih berat.

Walaupun begitu, kos per-unit pesawat Gripen itu dikatakan lebih rendah berbanding pesawat—pesawat pejuang berat yang lain, selain mudah diselenggara serta kos operasi yang rendah.

Ini, sekaligus menyebabkan pesawat pejuang buatan Sweden itu didakwa sebagai pesawat pejuang Barat yang paling kos-effektif dengan kos untuk mengoperasinya dianggarkan adalah satu-pertiga berbanding kos operasi pesawat generasi kelima F-35.  

F-35

 

Varian terdahulu pesawat Gripen telah berjaya dieksport ke Republik Czech, Afrika Selatan, Thailand manakala disewakan kepada Hungary.

Keempat-empat negara ini dipercayai tidak akan menjadi pelanggan kepada varian terkini pesawat pejuang Gripen E/F yang dilengkapkan dengan enjin yang lebih berkemampuan F414 serta radar yang lebih berkeupayaan.

Dalam persaingan untuk membekalkan pesawat, Gripen telah tewas di negara-negara seperti Denmark yang memilih F-35 buatan Amerika, Kanada (juga memilih F-35), Finland (memilih F-35), Switzerland (F-35), Poland (F-35 dan FA-50),  Norway (F-35) dan Belanda (F-35).

Varian pesawat Gripen-E pertama yang diterima oleh Tentera Udara Brazil baru-baru ini.

 

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

Nampaknya, “musuh” utama pesawat pejuang Gripen dan Saab Group adalah F-35 yang dibangunkan oleh Lockheed Martin yang telah “tapau” hampir kesemua persaingan untuk membekalkan pesawat baru di Eropah pada ketika ini.

Malah negara-negara Scandinavia lain yang berjiran dengan Sweden seperti Finland dan Norway turut memandang sepi terhadap bidaan oleh Saab serta pesawat Gripen dan memilih F-35 buatan Amerika Syarikat. — DSA

 

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

featuredGripenKecewaPesawatSaab