Gripen-E, Pesawat Pejuang Bukan Halimunan Terbaik Dunia?

Disebabkan kecanggihannya, pemerhati mengatakan pesawat Gripen-E merupakan pesawat MRCA bukan halimunan (non-stealth) yang terbaik di dalam kelasnya, satu pencapaian membanggakan untuk Saab Group dan negara Sweden yang hanya mempunyai 10 juta orang penduduk.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika ini, pesawat pejuang “Gripen-E” merupakan varian pesawat keluaran syarikat Sweden, Saab Group yang paling moden dan paling berkeupayaan berbanding varian A/B atau C/D.

Disebabkan kecanggihannya, pemerhati mengatakan pesawat Gripen-E merupakan pesawat MRCA bukan halimunan (non-stealth) yang terbaik di dalam kelasnya, satu pencapaian membanggakan untuk Saab Group dan negara Sweden yang hanya mempunyai 10 juta orang penduduk.

Hanya Tentera Udara Brazil dan Tentera Udara Sweden sendiri menggunakan pesawat “Gripen-E”.

Brazil memesan sejumlah 36 pesawat pejuang 36 Gripen E/F (E untuk satu duduk, F untuk dua tempat duduk) dengan empat buah pesawat Gripen terbaru itu telah pun dipasang di kemudahan Saab di Sao, Paulo Brazil untuk diserahkan kepada tentera udara negara itu.

Pesawat prototaip pertama Gripen-E melakukan penerbangan pertamanya pada tahun 2017 dan hanya empat tahun selepas itu, pelanggan eksportnya yang pertama iaitu Brazil sudah bersedia untuk menggunakannya.

Walaupun rekabentuknya adalah sama dengan varian-varian Gripen A/B, C/D tetapi sebenarnya apa yang terkandung di dalam badan pesawat Gripen E itu adalah amat berbeza di dalam beberapa aspek, sekaligusnya menjadikannya lebih berbahaya.

Antara perbezaan utama antara Gripen-E dengan varian-variannya yang terdahulu adalah daripada segi enjinnya iaitu General Electric F414-GE-39E yang lebih berkuasa berbanding enjin GE F404 yang digunakan oleh varian pesawatnya yang terdahulu.

Pesawat pejuang Gripen-E kini boleh berada di udara lebih lama dan jarak operasinya juga adalah lebih jauh.

Disebabkan enjinnya yang lebih berkuasa dengan 22,000 pound tujahan (thrust), maka berat dan saiz pesawat Gripen E juga bertambah berbanding varian A/B atau C/D.

Pesawat Gripen-E dengan enjin yang lebih powerful kini mampu membawa pelbagai senjata, sensor dan kelengkapan lain.

Pesawat Gripen-E ini berkemampuan membawa lebih banyak senjata, dengan varian terkini pesawat itu memiliki 10 hardpoints berbanding hanya lapan hardpoints pada varian pesawat-pesawat yang  terdahulu.

Sebuah pesawat Gripen-E boleh membawa sehingga tujuh buah peluru berpandu udara-ke-udara Beyond Visual Range “Meteor” yang dibangunkan oleh firma pertahanan MBDA.

Dikatakan sebagai peluru berpandu udara-ke-udara terbaik dunia dan digunakan oleh pesawat-pesawat seperti Eurofighter Typhoon dan Dassault Rafale, peluru berpandu udara-ke-udara BVR “Meteor” yang memiliki kelajuan lebih daripada 4 Mach mampu menembak jatuh sasaran udara lebih daripada 100km jauhnya.

Peluru berpandu udara-ke-udara “Meteor” BVRAAM

 

Bagi radarnya pula,  Gripen-E dilengkapi dengan radar ES-05 Raven Active Electronically Scanned Array (AESA) yang dibangunkan oleh syarikat Leonardo.

Antenna radar ini dipasang pada apa yang dipanggil “rotating repositioner” atau “swashplate” yang membolehkan ia bergerak ke kiri dan ke kanan untuk meluaskan “field-of-view” radar berkenaan, yang dikatakan amat berguna dalam situasi BVR dan suasana Ground –Based Air Defence (GBAD).

Pesawat juga dilengkapi sensor Infrared Search Track (IRST) Leonardo Skyward G, Electronic Warfare System (EWS) yang baru serta Missile Approach Warning System (MAWS).

DEFENCE SECURITY ASIA

Jom folo Defence Security Asia di Telegram,Facebook dan Twitter untuk perkembangan terkini dunia pertahanan dan keselamatan.
featuredGripen-ESaab GroupSwedenTUDM
Comments (0)
Add Comment