Negara Asia Perlu “Bimbang” Dgn Kapal Pengangkut Pesawat Terbaru China, “Fujian”

“Fujian” merupakan kapal pengangkut pesawat ketiga milik China selepas “Liaoning” dan “Shandong” tetapi sebagaimana yang dinyatakan oleh pemerhati antarabangsa, impak kehadiran kapal pengangkut pesawat terbaru China itu perlu dikaji dengan mendalam.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Beberapa hari lepas, China telah melancarkan kapal pengangkut pesawatnya yang ketiga dipanggil “Fujian”, yang dikategorikan sebagai “super carrier” berikutan saiz dan beratnya yang menyamai saiz kapal-kapal pengangkut kelas-Ford dan Nimitz milik Amerika Syarikat.

Dengan berat melebihi 80,000 tan, “Fujian” adalah kapal kapal pengangkut pesawat kedua terbesar selain dkapal-kapal pengangkut pesawat yang dimiliki oleh Amerika Syarikat.

“Fujian” merupakan kapal pengangkut pesawat ketiga milik China selepas “Liaoning” dan “Shandong” tetapi sebagaimana yang dinyatakan oleh pemerhati antarabangsa, impak kehadiran kapal pengangkut pesawat terbaru China itu perlu dikaji dengan mendalam.

Ini kerana berbanding kapal-kapal pengangkut China yang terdahulu, “Fujian” akan menggunakan sistem “electromagnetic catapult” sebagaimana digunakan oleh kapal-kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat yang membolehkan ia melancarkan pesawat dengan cepat.

Selain “electromagnetic catapult”, dek penerbangan kapal pengangkut pesawat terbaru China itu adalah rata dan lebih panjang berbanding dua buah kapal yang dimilikinya sebelum ini.

Selain, rekabentuk “Fujian” adalah lebih halimunan berbanding kapal-kapal pengangkut pesawat China sebelum ini.

“Liaoning” yang merupakan kapal terpakai daripada Ukraine dan “Shandong”, kapal pengangkut pesawat pertama di China menggunakan teknologi “ski jump” untuk melancarkan pesawat pejuang daripada dek penerbangannya.

Pada Mei lepas, kapal pengangkut pesawat China “Liaoning” telah belayar hampir dengan Jepun dan melancarkan 300 penerbangan pesawat pejuang daripada dek penerbangannya, sekaligus menggusarkan Tokyo dan Amerika Syarikat.

“Liaoning”

 

Menurut media Jepun, Nikkei, Beijing terus-menerus meningkatkan kemampuan ketenteraannya dengan teknologi pembinaan kapal pengangkut pesawat yang dimilikinya sudah menghampiri apa yang dimiliki oleh Amerika Syarikat.

Ia berkata, negara-negara Asia terutama yang bersempadan dengan China perlu “berhati-hati” dengan kemampuan ketenteraan China terutamanya selepas kejayaan membina “Fujian.”

China menamakan kapal pengangkut pesawat terbarunya “Fujian” bersempena dengan nama wilayah yang terletak paling hampir dengan Taiwan, yang Beijing masih anggap sebagai sebahagian daripadanya.

Beijing mahu Taiwan “dikembalikan” kepadanya dan menjadi wilayah China.

Presiden China Xi Jinping dikatakan tinggal selama beberapa tahun di Fujian dan beliau tidak “malu-malu” untuk menyatakan hasrat agar Taiwan “kembali” menjadi sebahagian daripada China.

Dengan dunia kini tertumpu kepada konflik di antara Russia dan Ukraine, tindak-tanduk Beijing berkenaan isu Taiwan perlu diberikan perhatian oleh negara-negara Asia.

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

“Fujian” dikatakan akan memulakan operasi sekitar tahun 2024 selepas ia selesai menjalani ujian di lautan.

Beijing juga bercadang memiliki kapal pengangkut pesawat yang menggunakan kuasa nuklear bagi membolehkan ia berada di lautan dengan lebih lama tanpa perlu kembali ke pangkalan untuk mengisi minyak.

Dengan kapal pengangkut pesawat yang mampu berada lebih lama di laut, “cengkaman” Beijing terhadap kawasan perairan yang dianggap sebagai miliknya. — DSA

 

 

ChinafeaturedFujianKapal Pengangkut Pesawat