FA-50 Bakal Miliki Kemampuan Stand-Off Dengan “Taurus K-2”

Kejayaan mengintegrasikan peluru berpandu kruis “Taurus K-2” dengan pesawat FA-50 "Fighting Eagle" bakal memberikan kemampuan stand-off kepada pesawat pejuang ringan buatan Korea Aerospace Industries (KAI) yang sedang ditawarkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia bagi program perolehan pesawat FLIT/LCA.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Media-media pertahanan di Korea Selatan pernag menyatakan bahawa Tentera Udara Korea Selatan sedang mengkaji tentang kemungkinan untuk melengkapkan pesawat FA-50  Fighting Eagle yang digunakan oleh negara itu dengan peluru berpandu kruis buatan tempatan dipanggil, “Taurus K-2”, yang merupakan varian kepada peluru berpandu kruis buatan Jerman/Sweden,  “Taurus KEPD”. (Air-Launched Cruise Missile – ALCM)

Sebagaimana yang kita tahu, pesawat FA-50 yang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI) adalah salah satu pesaing dalam tender Kementerian Pertahanan untuk 18 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) bagi TUDM.

Untuk lebih tepat, KAI menawarkan varian pesawat FA-50 Block 20 kepada TUDM.

Korea Selatan telah pun memperolehi kira-kira 260 buah peluru berpandu cruise “Taurus KEPD” yang dibangunkan secara bersama oleh firma pertahanan Jerman, Taurus Systems dan Saab Group daripada Sweden untuk digunakan oleh pesawat-pesawat F-15K miliknya.

 Hasil daripada perolehan peluru berpandu kruis “Taurus KEPD” itu, maka Korea Selatan turut menikmati permindahan teknologi yang membolehkannya membangunkan varian peluru berpandu kruis itu untuk digunakan oleh 60 buah pesawat FA-50 miliknya serta pesawat-pesawat pejuang lain termasuk F-16 dan KF-21 “Boramae” yang bakal dimilikinya beberapa tahun akan datang ini.

 

“”Taurus K-2”

 

Tentera Udara Korea Selatan menggunakan peluru berpandu kruis “Taurus KEPD” untuk pesawat-pesawat pejuang F-15K. 

Untuk memastikan pesawat LCA miliknya, FA-50 dapat menggunakan peluru berpandu kruis itu, Korea Selatan hasil pemindahan teknologi dengan Jerman dan Sweden telah membangunkan peluru berpandu kruis bersaiz lebih kecil berasaskan kepada “Taurus KEPD” yang dipanggil “Taurus K-2.”

Pesawat F-15K Tentera Udara Korea Selatan melancarkan peluru berpandu kruis “Taurus KEPD.”

 

Peluru berpandu ‘’Taurus K-2” atau designasi teknikalnya, “Taurus 350K-2” adalah kira-kira 0.7 meter pendek  dan 300kg lebih ringan berbanding abangnya iaitu “Taurus KEPD” .

Dengan kemampuan bunker-buster, peluru berpandu “Taurus K-2” digunakan untuk membedil kubu-kubu pertahanan dan kemudahan radar pihak musuh.

Walaupun lebih kecil dan lebih ringan tetapi peluru berpandu kruis “Taurus K-2” masih boleh membedil sasaran sejauh 600km dengan mengekalkan kelajuan sebagaimana peluru berpandu “Taurus KEPD.

Taurus KEPD hanya memiliki jarak effektif 500km.

Kejayaan mengintegrasikan peluru berpandu kruis “Taurus K-2” dengan pesawat FA-50 “Fighting Eagle” bakal memberikan kemampuan stand-off kepada pesawat pejuang ringan yang sedang ditawarkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia bagi program perolehan pesawat FLIT/LCA.

Setiap sebuah pesawat FA-50 Tentera Udara Korea Selatan itu mampu membawa dua buah peluru berpandu “Taurus K-2.”

Bagaimanapun peluru berpandu “Taurus K-2” ini difahamkan masih lagi di diperingkat akhir pembangunan dan dijangka akan hanya dioperasikan oleh Tentera Udara Korea Selatan dalam pertengahan tahun ini.

Adakah peluru berpandu kruis “Taurus K-2” itu juga ditawarkan kepada TUDM sekiranya Malaysia memutuskan untuk membeli FA-50? 

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

 

Pesawat Eurofighter Typhoon dengan dua buah peluru berpandu kruis “Taurus KEPD”.

 

–DSA

FA-50featuredKAITUDM