Ex Bersama Shield 2024: TUDM Uji Kesiapsagaan Aset Dalam Misi Close Air Support (CAS)

Menurut kenyataan media sosial oleh TUDM, objektif utama pelaksanaan latihan ini adalah bagi meningkatkan keserasian Juruterbang dan Controller dalam melakukan misi Close Air Support di dalam situasi yang dirancang ataupun tidak dirancang.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — No. 6 Skuadron dan Ground Forward Air Controller (GFAC), Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya membuktikan keupayaan dalam Latihan Close Air Support (CAS) Mission yang dilaksanakan semasa Exercise Bersama Shield 2024.

Exercise Bersama Shield 2024 yang berlangsung dari 28 Apr hingga 6 Mei 24 melibatkan negara-negara anggota Five Power Defence Arrangement (FPDA).

Selain GFAC, Joint Terminal Air Controller daripada Australia dan United Kingdom turut berkolaborasi bersama pesawat Hawk daripada No 6 Skn serta F15SG dan F16SG daripada RSAF. Latihan ini juga turut dibantu oleh Markas Operasi Siber dan Elektromagnetik Pertahanan dari segi bentuk komunikasi satelit.

(kredit TUDM)

 

Menurut kenyataan media sosial oleh TUDM, objektif utama pelaksanaan latihan ini adalah bagi meningkatkan keserasian Juruterbang dan Controller dalam melakukan misi Close Air Support di dalam situasi yang dirancang ataupun tidak dirancang.

Latihan ini juga merupakan satu proses pembelajaran yang sistematik dan terancang yang memerlukan kepantasan serta kecekapan juruterbang dan controller apabila berkomunikasi pada setiap misi yang dilaksanakan melibatkan dalam tempoh masa yang singkat.

Keberkesanan latihan ini juga mampu mempertingkatkan keupayaan pertahanan darat, laut dan udara secara efektif sebagaimana memerlukan keyakinan dan kompetensi juruterbang dan controller.

(kredit TUDM)
(kredit TUDM)
(kredit TUDM)

 

FPDA ditandatangani pada 1971 oleh Singapura, Malaysia, Australia, New Zealand dan United Kingdom bagi memastikan Singapura dan Malaysia mempunyai saluran bantuan sekiranya berlaku serangan bersenjata.

FPDA tidak mengikat negara anggota untuk campur tangan secara ketenteraan, sebaliknya menetapkan bahawa negara anggota harus segera berunding antara satu sama lain untuk memutuskan tindakan selanjutnya. — DSA

AsetBersama ShieldfeaturedTUDM