Empat Pesawat Pejuang Mirage 2000 Taiwan “Tembak Jatuh” Empat F-16 Milik “China”??

Dalam latihan udara yang dinamakan “Sky Dragon” (Tien Lung) anjuran Tentera Udara Taiwan, empat buah pesawat pejuang Mirage 2000 itu mewakili Tentera Udara Taiwan manakala empat buah pesawat pejuang F-16 itu kononnya mewakili Tentera Udara China.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam satu simulasi pertempuran udara yang dilaksanakan oleh Tentera Udara Taiwan pada tahun lepas, empat buah pesawat pejuang Mirage 2000 telah dikerah untuk menangani empat buah pesawat pejuang F-16 milik “musuh terdekatnya.”

Dalam latihan udara yang dinamakan “Sky Dragon” (Tien Lung) anjuran Tentera Udara Taiwan,  empat buah pesawat pejuang Mirage 2000 itu mewakili Tentera Udara Taiwan manakala empat buah pesawat pejuang F-16 itu kononnya mewakili Tentera Udara China.

Tentera Udara Taiwan melaksanakan latihan “Sky Dragon” setiap tahun.

Senario simulasi peperangan udara yang ditampilkan adalah pesawat-pesawat Mirage 2000 Taiwan itu cuba menangani pencerobohan oleh pesawat-pesawat pejuang China yang ditampilkan oleh empat buah pesawat pejuang F-16.

Menurut laporan media Taiwan, latihan udara itu penting untuk menguji keupayaan Tentera Udara Taiwan dalam menangani ancaman pesawat-pesawat pejuang asing.

“Dengan latihan yang baik dan kerjasama berpasukan, kesemua pesawat pejuang F-16 yang kononnya adalah milik Tentera Udara China telah berjaya ditembak jatuh manakala Tentera Udara Taiwan kehilangan sebuah pesawat pejuang Mirage 2000,” menurut “Lt Kolonel Zhuang Weibo” sebagai dipetik oleh media tempatan Taiwan.

Lt Kolonel Zhuang Weibo dikatakan adalah anggota 42nd Combat Team Tentera Udara Taiwan.

Tentera Udara Taiwan memiliki 60 buah pesawat pejuang Mirage 2000-5 yang dibelinya daripada Perancis pada pertengahan 1990-an, dengan 48 buah daripada adalah varian pejuang satu tempat duduk manakala selebihnya adalah dua tempat duduk.

Pesawat-pesawat pejuang Mirage 2000 yang dibangunkan oleh syarikat Dassault Aviation itu dilengkai dengan radar RDY yang membolehkannya menjejaki lapan buah sasaran secara serentak dan melancarkan empat butir peluru berpandu udara-ke-udara “MICA” juga secara serentak.

Pada era 1990-an, pesawat-pesawat pejuang Mirage 2000 tidak dapat dinafikan adalah platform udara paling ampuh dimiliki oleh Tentera Udara Taiwan berbanding pesawat-pesawat pejuang lain dimilikinya seperti F-5E dan Ching-Kuo.

Pesawat pejuang F-16 Block 70/72 Tentera Udara Taiwan dengan peluru berpandu anti-kapal “Harpoon”.
Pesawat pejuang “Ching Kuo” Taiwan

 

Bagaimanapun kedudukan pesawat Mirage 2000 sebagai pesawat paling ampuh dimiliki oleh Tentera Udara Taiwan pada ketika tidak bertahan lama, selepas pulau itu memperolehi varian pesawat pejuang terkini selain bertindak menaiktaraf pesawat F-16 sedia ada.

Bagaimanapun pada pertengahan tahun lepas, Taiwan dilaporkan akan menaiktaraf dan memodenkan pesawat-pesawat pejuang Mirage 2000 dimilikinya berikutan jangkaan kelewatan penerimaan 66 buah pesawat pejuang F-16C/D Block 70 baru dibelinya daripada Amerika Syarikat.

Buat permulaan, hanya sembilan buah pesawat pejuang Mirage 2000 itu akan dinaiktaraf dan ditingkat upaya.

Taiwan masih belum memutuskan sama ada akan menaiktaraf pesawat-pesawat Mirage kerana kos untuk berbuat demikian adalah “amat tinggi”, malah terdapat laporan mengatakan pesawat-pesawat Mirage milik pulau itu adalah “paling mahal” untuk dioperasikan di dalam Tentera Udara Taiwan berbanding pesawat-pesawat pejuang yang lain. 

Awal tahun ini Kementerian Pertahanan Taiwan menyatakan ia akan membelanjakan US$328 juta (RM1.6 billion) untuk membeli alat-alat ganti enjin pesawat-pesawat pejuang Mirage 200 miliknya.– DSA

ChinafeaturedMirageTaiwan
Comments (0)
Add Comment