(VIDEO) Dron Berani Mati Dilancar Houthi Bedil Ibu Negara Israel, Tel Aviv

(VIDEO) Jurucakap tentera Israel menyatakan bahawa ia percayai dron berani mati dilancar oleh kumpulan Houthi itu adalah daripada jenis “Sammad-3” yang telah dinaiktaraf daripada segi jaraknya bagi membolehkannya terbang jauh sehingga ke Tel Aviv.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Penganalisis pertahanan dan tentera Israel sedang “menggaru kepada” memikirkan bagaimana sebuah dron berani mati dilancar kumpulan bersenjata Houthi mampu terbang ribuan kilometer dan membedil ibu negara Israel, Tel Aviv.

Ini adalah kali pertama dimana kumpulan bersenjata berjaya membedil ibu negara Israel.

Video yang kini menjadi viral dalam media-media sosial menunjukkan dron berani mati daripada Yaman itu terbang daripada arah lautan sebelum ia menghampiri kawasan penduduk di Tel Aviv dan meletup.

Apa yang membuatkan penganalisis ketenteraan dan tentera Israel tertanya-tanya adalah bagaimana dron berani mati berteknologi rendah mampu “melepasi” lapisan sistem pertahanan udara canggih Israel terutamanya “Iron Dome” untuk membedil ibu negara Yahudi itu.

Dalam serangan yang berlaku kira-kira 3 pagi di Tel Aviv, seorang terbunuh manakala 10 yang lain mengalami kecederaan.

Dron berani mati dilancar oleh kumpulan bersenjata Houthi itu meletup di kawasan tidak jauh daripada bangunan kedutaan Amerika Syarikat,namun tidak dapat dipastikan sama ada kedutaan Amerika Syarikat adalah sasaran dron berani mati itu.

Jurucakap kumpulan bersenjata Houthi Yahya Saree berkata serangan dron berani mati berjaya dilancarkan menggunakan dron baru yang berkemampuan melepasi sistem pertahanan lawan.

“Kami akan meneruskan serangan terhadap kedudukan pihak musuh sebagai respons terhadap pembunuhan dilakukan oleh musuh terhadap saudara kami di Gaza. Operasi kami hanya akan berakhir apabila kekejaman dan pengepungan terhadap penduduk Palestin di Gaza berakhir,” kata beliau.

Kumpulan bersenjata Israel itu kerapkali melancarkan serangan peluru berpandu dan dron berani mati terhadap Israel tetapi kebanyakannya berjaya dipatahkan oleh sistem pertahanan udara Israel, sehinggalah semalam apabila dron berani mati Houthi itu membedil Tel Aviv.

Jurucakap tentera Israel menyatakan bahawa ia percayai dron berani mati dilancar oleh kumpulan Houthi itu adalah daripada jenis “Sammad-3” yang telah dinaiktaraf daripada segi jaraknya bagi membolehkannya terbang jauh sehingga ke Tel Aviv.

Bagi kumpulan Houthi pula, mereka menamakan dron berani mati yang berjaya mengelak daripada dikesan oleh sistem pertahanan udara Israel itu sebagai “Yafa.”

Dron berani mati “Sammad-3” itu telah digunakan oleh Houthi terhadap Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan bandar pelabuhan Israel, Eilat yang terletak di Laut Merah tidak jauh daripada Jordan.

Dron berani mati “Sammad-3” telah dibangunkan dan menggunakan teknologi Iran.

Berkemungkinan kumpulan bersenjata Houthi di atas bantuan daripada Iran telah berjaya membangunkan sendiri beberapa komponen dan sistem yang digunakan oleh dron berani mati “Sammad-3” itu.

Bagaimanapun komponen dan teknologi asasnya datang daripada Iran.

Dengan panjang pesawat (wingspan 4.5 meter), dron Sammad-3 yang membedil ibu negara Israel, Tel Aviv, dron berani mati Sammad-3 atau dipanggil “Yafa” oleh kumpulan Houthi berkemampuan terbang sejauh 1,500km sehingga 2,500km. — DSA

DronfeaturedHouthiYaman
Comments (0)
Add Comment