China Tauliah Kapal Perang Digelar “Super Friget”, Type 054B

Antara tugas paling utama kapal "Super Friget" Type 054B terbaru China  apabila telah ditauliahkan dalam perkidmatan tentera laut China adalah mengiringi kapal-kapal pengangkut pesawat China iaitu Liaoning, Shandong dan Fujian bersama-sama kapal-kapal perang kelas-destroyer iaitu Type 055 dan Type 052D.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – China mengesahkan bahawa ia telah pun melancarkan kapal perang terbarunya Type 054B yang pertama, diberi gelaran “Super Friget” berikutan peningkatan mendadak kemampuan dan keupayaan dimilikinya berbanding kapal friget terdahulu “Type 054A”.

Antara tugas paling utama kapal “Super Friget” Type 054B terbaru China  apabila telah ditauliahkan dalam perkidmatan tentera laut China adalah mengiringi kapal-kapal pengangkut pesawat China iaitu Liaoning, Shandong dan Fujian bersama-sama kapal-kapal perang kelas-destroyer iaitu Type 055 dan Type 052D.

Menjelang 2030, Tentera Laut China dijangka akan mengoperasikan empat buah kapal pengangkut pesawat, hanya dibelakang Amerika Syarikat yang mengoperasikan 11 buah kapal pengangkut pesawat pada ketika ini.

Dua buah kapal friget terbaru China itu telah dibina oleh Limbungan Kapal Huangpu-Wenchong yang merupakan anak syarikat kepada China Shipbuilding Corporation (CSC) yang merupakan salah satu kontraktor utama kepada Tentera Laut China.

Gambar-gambar terkini dua buah kapal friget Type 054B yang masih berada di limbungan kapal telah pun tersebar di media sosial China.

Type 054B

 

Tentera Laut China dijangka akan memulakan ujian lautan bagi kapal Type 054B itu pada akhir tahun ini dan sekiranya ujian itu berjaya, ia akan membina lebih banyak kapal perang itu.

Setakat ini, China telah membina 40 buah kapal friget Type 054A untuk tentera lautnya dan masa telah tiba untuk ia melancarkan kapal friget terbarunya Type 054B.

Kapal perang “Super Friget” Type 054B itu disifatkan oleh penganalisis pertahanan antarabangsa sebagai “lebih besar dan lebih berkeupyaan” berbanding friget terdahulu.

Tentera Laut Pakistan turut memperolehi empat buah friget Type 054A.

Menurut pemerhati, kapal friget terbaru China ini dipercayai memiliki berat sepanjang 147 meter dan berat kira-kira 6,000 tan iaitu kira-kira 2,000 tan melebihi berat kapal friget terdahulu iaitu Type 054A.

Walaupun sistem penderia dan sistem persenjataannya masih belum diketahui, namun kapal friget terbaru Type 054B itu berkemungkinan akan menempatkan kemudahan Vertical Launch System (VLS) untuk melancarkan peluru-peluru berpandu anti-kapal, anti-pesawat, malah peluru berpandu kruis untuk membedil sasaran-sasaran darat dan laut.

Kapal friget Type 054B China itu juga dikatakan akan dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA).

Kapal friget Type 054B itu akan dilengkapi dengan dua buah helikopter Z-20 untuk misi-misi peperangan anti-kapal selam (ASW), meriam utama 76mm dan Close-In Weapon System (CIWS) serta torpedo.

Lakaran grafik kapal friget terbaru China, Type 054B

 

Menurut Lu Li-shih, bekas instruktur di Akademi Tentera Laut Taiwan berkata berdasarkan kepada rekabentuk kapal friget Type 054B boleh disifatkan kepada kapal mini kepada kapal destroyer Type 055 Tentera Laut China yang memiliki berat 12,000 tan.

“Kapal friget terbaru Type 054B itu akan memiliki teknologi-teknologi terbaru sebagaimana yang digunakan oleh kapal destroyer Type 055.”

“Dengan saiznya yang lebih besar berbanding Type 054A,  kapal friget terbaru China itu adalah lebih berkemampuan dan lebih berkeupayaan,” kata beliau. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

ChinafeaturedKapal PerangType 054B
Comments (0)
Add Comment