China Guna Kapal Pengorek Pasir Sebagai “Senjata Baru” Terhadap Taiwan

(DEFENCE SECURITY ASIA) — China kini dikatakan menggunakan “senjata baru” untuk menekan Taiwan terutamanya dalam memastikan pasukan pengawal pantai pulau sentiasa sibuk dengan tugas harian mereka.

“Senjata baru” yang digunakan oleh China terhadap Taiwan bukan kapal perang atau peluru berpandu tetapi ia adalah pasir dan kapal-kapal pengorek pasir (sand dredgers), yang bilangannya mencecah ribuan.

Menurut laporan media antarabangsa baru-baru ini, pasukan pengawal pantai Taiwan terpaksa menangani ancaman baru di dalam bentuk pencerobohan ribuan kapal pengorek pasir China di dalam perairannya terutama berhampiran Pulau Matsu.

Pihak berkuasa Taiwan mendakwa kehadiran ribuan kapal pengorek pasir China telah menyebabkan sistem pertahanan negara pulau berada di dalam keadaan terdesak dengan banyak asetnya digunakan untuk mengawasi gerak-geri kapal-kapal pengorek pantai itu, yang sepatutnya digunakan untuk memantau pencerobohan kapal-kapal perang China.

Memburukkkan lagi keadaan, ada di antara kapal-kapal pengorek pantai amat besar dengan beratnya mencecah 3,000 tan, berbanding kapal pengawal pantai Taiwan yang kecil dengan berat hanya ratusan tan.

Tahun lepas, pihak berkuasa Taiwan telah mengusir kira-kira 4,000 kapal pengorek pasir dan kapal-kapal memindah pasir daripada garisan tengah (median line) di Selat Taiwan yang memisahkan China dan Taiwan.

Ia adalah peningkatan mendadak sebanyak 560 peratus berbanding hanya 400 buah kapal pengorek pantai China yang diusirnya pada 2019.

Kapal-kapal pengorek pasir China belayar sehingga menghampiri Pulau Matsu milik Taiwan dan mengorek pasir yang banyak daripada dasar-dasar perairannya untuk digunakan di sektor pembinaan di China.

Tindakan kapal-kapal pengorek pasir China telah menyebabkan kerosakan alam sekitar, menganggu ekonomi di Pulau Matsu selain merosakkan kabel-kabel komunikasi.

Kehadiran ribuan kapal pengorek pasir China itu juga menganggu penduduk Taiwan daripada berkunjung ke Pulau Matsu, memburukkan lagi sektor pelancongan di pulau sehingga menjejaskan ekonomi dan pendapatan rakyatnya.

— DEFENCE SECURITY ASIA

ChinaKapal Pengorek PasirPulau MatsuTaiwan
Comments (1)
Add Comment