Browsing category

Berita

[VIDEO] “Lockdown” Di Washington

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Dengan hanya satu hari lagi sebelum majlis angkat sumpah Jo Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru menggantikan Donald Trump, bandar Washington D.C kelihatan seolah-olah medan perang. Kira-kira 25,000 anggota tentera National Guard kini berada di Washington D.C bagi memastikan majlis angkat sumpah itu bebas daripada segala kekacauan yang dijangka ditimbulkan […]

ATM Sahkan Ada Anggotanya Positif COVID-19

(DEFENCE SECURITY ASIA) –Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan terdapat warganya disahkan positif COVID-19. Panglimanya Jen Tan Sri Affendi Buang berkata perkara itu wajar ditangani mengikut prosedur dan arahan yang dikeluarkan kepada setiap pemerintahan oleh Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM. “Adalah tidak dinafikan bahawa risiko kebolehjangkitan wabak ini dalam kalangan warga ATM, adalah sama seperti yang berlaku dalam masyarakat Malaysia. “Walau bagaimanapun, […]

Meriam Nexter Systems LG1 105mm

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam Menteri Pertahanan Datuk Ismail Sabri Yaakob dalam majlis amanat 2021 telah berkata bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima sebanyak 17 laras meriam LGI 105mm yang diperbuat oleh syarikat Nexter Systems (dulu GIAT Industries). Beliau berkata, pada tahun ini ATM bakal menerima sebuah lagi meriam terbabit menjadikan keseluruhannya yang diterima […]

[VIDEO] Bimbang Diserang Dron Berani Mati Iran, Israel Letak “Iron Dome” Atas Kapal

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Buat pertama kali, Israel telah meletakkan sistem peluru berpandu pertahanan udara “Iron Dome” miliknya di bahagian belakang kapal korvet kelas Sa’ar 5, “Lahav” Tentera Laut Israel. Keputusan meletakkan peluru berpandu “Iron Dome” di atas kapal-kapal Tentera Laut Israel itu berlaku ketika laporan media mengatakan Iran telah membekalkan pemberontak “Houthi” di Yemen […]

ATM Terima Aset-Aset Penting Tahun Lepas dan Tahun Ini

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam amanat yang disampaikannya semalam, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima beberapa aset penting sepanjang tahun lepas dan bakal menerima aset-aset lain yang juga penting pada tahun ini. Antara aset-aset penting yang diterima ATM tahun lepas itu adalah 25 buah kenderaan tempur AV8 Gempita […]

[VIDEO] Polis Pulau Pinang Tahan Tujuh Lelaki Berhubung Insiden di Tg Tokong

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Polis Pulau Pinang mengesahkan ia telah menahan tujuh lelaki atas insiden mengepung dan menghalang tugas polis sejurus selepas kejadian kemalangan membabitkan sebuah motosikal dinaiki dua lelaki, di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Rahimi Mohd Ra’ais yang dipetik sebagai berita oleh agensi berita tempatan […]

Indonesia Pintas Kapal China Dipercayai “Lakukan Kerja Risikan Marin”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal peronda Indonesia telah memintas sebuah kapal penyelidikan marin China, “Xiang Yang Hong 3”yang dipercayai telah dengan sengaja mematikan transponder “Automatic Indentification System” (AIS) ketika belayar di Selat Sunda yang strategik itu. Kerajaan Indonesia menghendaki semua kapal asing menghidupkan transponder AIS milik mereka ketika belayar di perairannya. AIS apabila diaktifkan akan […]

Kapal KD Selangor Selesai Jalani Kerja-Kerja “Refit”

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Kapal peronda kelas Kedah milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Selangor telah selesai menjalani kerja-kerja “rutin refit” oleh Labuan Shipyard and Engineering (LSE) selepas menandatangani sijil penerimaan dalam satu majlis penyerahan baru-baru ini, di limbungan LSE. Laksamana Pertama Satria Sarawak Jais menerima sijil penerimaan itu bagi pihak Markas Armada Timur, Panglima […]

Uniform Baru Unit Tindakan Khas (UTK)?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Gambar-gambar yang tersebar di dalam page Facebook “Geng Keselamatan  Negara” sejak semalam ini adalah dikatakan oleh page facebook terbabit sebagai set pakaian, aksesori terbaharu serta motosikal berkuasa tinggi milik Unit Tindakan Khas (UTK), Polis Diraja Malaysia. Page FB terbabit mengatakan anggota (di dalam gambar) adalah UTK daripada Tim Strike Force BA […]

“AK-12”, Raifal Standard Tentera Russia

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika ini, standard raifal bagi unit-unit tentera Russia adalah AK-74M 5.45mm yang dihasilkan oleh syarikat Izhmash OJSC (kini dikenali sebagai Kalashnikov Concern) yang merupakan anak syarikat Kalashnikov Group. Raifal AK-74M ini telah dihasilkan pada 1990-1991 dan adalah versi yang dipertingkatkan daripada raifal AK-74. Bagaimanapun penggunaan raifal AK-74M bakal menuju ke […]