Browsing category

Berita

Berjayakah Turki Bina Pesawat Pejuang Gen-5 “TFX” ?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas kejayaan pesawat tanpa pemandu (UAV) Turki seperti “Bayraktar TB2” dan “Anka” dalam konlik-konflik di Syria, Libya dan Nagorno-Karabakh, perhatian kini tertumpu kepada usaha negara Mediterranean itu untuk membina pesawat pejuang Gen-5 miliknya sendiri. Turki telah pun melancarkan program untuk membina pesawat pejuang generasi  ke-lima yang dikenali dengan nama TFX atau […]

Sempadan Bocor, “Pengkhianatan” Terhadap Keselamatan Negara

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Insiden-insiden sebegini sudah menjadi seperti rutin di negara kita – sekumpulan anggota penguatkuasa yang ditugaskan mengawal perkara yang sensitif berkaitan keselamatan negara ditahan atas dakwaan terlibat dengan rasuah. Ia adalah perkara yang amat membimbangkan kerana ia membabitkan “pengkhianatan” terhadap keselamatan negara. Terbaru melibatkan sekumpulan anggota Jabatan Imigresen yang diamanahkan untuk menjaga […]

[Video] Iran Dedah Kapal Pelbagai Guna/Perisikan “Shahid Roudaki”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kor Pengawal Revolusi Iran secara rasmi menampilkan kapal pelbagai guna dan perisikan “Shahid Roudaki” yang dilengkapi dengan helikopter, bot-bot penyerang laju, peluru berpandu dan pesawat tanpa pemandu (UAV). Kapal sepanjang hampir 150 meter dan seberat lebih 4,000 tan itu mengambil nama sempena bekas komander Kor Pengawal Revolusi Iran yang mati dibunuh. […]

Singapura Bakal Tempatkan Armada Pertama Tentera Laut AS?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Mungkinkah Tentera Laut Amerika sedang berkira-kira untuk mewujudkan pengkalan bagi menempatkan Armada Pertama (First Fleet) di Singapura bagi membantu Armada ke-Tujuh (Seventh Fleet) yang berpengkalan di Jepun. Beberapa hari lalu, Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat Kenneth Braithwaite mencadangkan supaya negara itu mewujudkan Armada Pertama yang terletak di “Lautan Hindi dan Lautan […]

[Video] TUDM Laksana Program Validasi “Air-to-Air Missile Firing”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan Program Validasi Tembakan Misil Udara ke Udara (Air-To-Air Missile Firing) untuk tahun ini. Program ini diadakan di kawasan latihan sekitar perairan Selat Melaka, dengan objektif utama program ini adalah bagi menguji tahap kompetensi anak-anak kapal pesawat pejuang dan juga kesiapsiagaan aset-aset TUDM. Program ini […]

[Video] Dua Pengebom B-1B “Lancer” Cerobohi ADIZ China

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Amerika Syarikat menghantar dua buah pesawat pengebom strategiknya, B1-B Lancer ke Zon Pertahanan Udara (ADIZ) China, dalam apa yang disifatkan oleh pemerhati sebagai satu “pertunjukan kekuatan” (show of force). Kedua-dua pesawat pengebom strategik itu berpusat di Pengkalan Udara Andersen di Guam. Kehadiran kedua-dua pesawat pengebom strategik Amerika Syarikat di […]

Peluru Berpandu “Maritime Strike Tomahawk” Lengkapi Kapal Selam AS

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam usaha untuk menangani ancaman tentera laut China di Asia Pasifik termasuk Laut China Selatan, Amerika Syarikat merancang untuk melengkapkan kapal-kapal selamnya dengan peluru berpandu kruis anti-kapal. Ketua Angkatan Kapal Selam Amerika Syarikat, Timbalan Laksamana Daryl Caudle berkata, kapal-kapal selam negara itu akan dilengkapkan dengan peluru-peluru berpandu anti kapal yang boleh […]

China Sasar Kapal Pengangkut Pesawat Amerika di Laut China Selatan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Ogos lepas, China telah melancarkan dua jenis peluru berpandu, dikenali sebagai “DF-26B” dan “DF-21D” dikenali dengan nama “pembunuh kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier killer) ke Laut China Selatan. Kedua-dua peluru berpandu itu meluncur ribuan kilometer dan menurut penganalisis ketenteraan kepada akhbar The South China Morning Post, ia jatuh di perairan […]

[Video] Etnik Armenia Bakar Rumah, Kosongkan Kubur

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Etnik Armenia yang terpaksa meninggalkan Nagorno Karabakh selepas gencatan senjata telah membakar rumah-rumah mereka bagi mengelak ianya diduduki oleh musuh-musuh mereka iaitu penduduk Azerbaijan. Mereka mungkin beranggapan, biar rumah mereka hangus terbakar daripada ianya diduduki oleh “musuh.” Sebelum rumah-rumah yang diduduki mereka selama puluhan tahun itu dibakar, mereka telah melonggokkan barangan […]

40 Bot Nelayan Indonesia Cuba Ceroboh Perairan Negara

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Usaha mengawal sempadan perairan negara sememangnya mencabar dan terbaru,  40 bot nelayan Indonesia dikesan cuba menceroboh perairan negara berhampiran Pulau Jarak untuk menangkap ikan. Nasib baik, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak telah bertindak dengan pantas dengan mengusir semua bot nelayan negara asing itu. Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Shahrizan […]