China Gusar Kehadiran Kapal Selam Kuasa Nuklear “USS Ohio” Di Laut China Selatan?
Sejak beberapa bulan lepas, Amerika Syarikat telah menghantar dua buah kapal pengangkut pesawat dan beberapa buah kapal pemusnah (destroyer) ke Laut China Selatan sebagai amaran kepada China.
Kapal-kapal perang Amerika Syarikat ini belayar hampir dengan Kepulauan Spratly dan Paracel yang didakwa Beijing sebagai miliknya dalam operasi pelayaran yang dipanggil “Freedom of Navigation Operation” (FONOP).