Amerika Syarikat Tiada Perancangan Tembak Jatuh Serpihan Roket Long March 5B

Roket Long March 5B dilancarkan daripada Pulau Hainan pada 29 April lepas membawa modul Tianhe, yang merangkumi tempat tinggal tiga angkawasan China di stesen angkasa lepas negara itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menembak jatuh serpihan roket Long March 5B milik China yang dijangka terhempas ke bumi daripada angkasa lepas kemungkinan besar esok.

Roket Long March 5B dilancarkan daripada Pulau Hainan pada 29 April lepas membawa modul Tianhe, yang merangkumi tempat tinggal tiga angkawasan China di stesen angkasa lepas negara itu.

Pelancaran modul Tianhe itu merupakan satu daripada 11 pelancaran yang dirancang untuk menyiapkan stesen angkasa lepas China itu.

Bercakap kepada pemberita, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Lloyd Austin berharap serpihan roket seberat 20 tan tan dan setinggi 30 meter akan jatuh ke laut, dengan jangkaan ia terhempas ke bumi adalah esok sehingga Ahad.

Menurut portal berita China, The Global Times menyifatkan laporan daripada media Barat yang mengatakan bahawa roket itu “hilang kawalan” dan “akan menyebabkan kerosakan” adalah kegilaan dijana dunia barat.

Roket Long March 5B

Portal itu berkata, situasi membabitkan serpihan Long March 5B itu tidak memerlukan mana-mana  pihak untuk berasa panik.

Roket “Long March 5B” itu dijangka memasuki atmospfera bumi di antara 8 hingga 10 Mei ini, hanya beberapa hari selepas ia dilancarkan ke angkasa lepas membawa modul utama stesen angkasa lepas negara itu.

Roket China itu hanya dilancarkan pada minggu lepas dan merupakan simbol kepada kejayaan program angkasa lepas negara itu.

Roket atau serpihannya yang bakal terhempas di bumi itu dianggarkan setinggi 30 kaki dan seberat 20 tan. Ia dikatakan antara serpihan paling besar yang bakal terhempas di bumi sejak 1991.

“Kami menjangkakan roket itu akan memasuki atmosfera bumi di antara 8 dan 10 Mei, Dalam tempoh dua hari itu, ia akan mengelilingi bumi sebanyak 30 kali dengan kelajuan 18,000 batu satu jam. Kedudukan di mana ia akan jatuh tidak dapat dipastikan sehingga pada jam-jam terakhir sebelum ia terhempas,” menurut jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat Mike Howard.

Amerika Syarikat mengatakan ia akan meminta ganti rugi daripada pihak China sekiranya serpihan daripada roket itu merosakkan harta benda.

Bagaimana, ramai penganalisis mengatakan besar kemungkinan roket itu akan terbakar apabila ia memasuki atmosfera bumi dan apa yang akan terhempas di bumi adalah serpihanya yang kecil.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Amerika SyarikatAtmosferaChinaLong March 5B
Comments (0)
Add Comment