Hyundai Rotem Tawar Kenderaan Perisai “K806” Untuk Tentera Darat Malaysia
Syarikat Korea Selatan, Hyundai Rotem, yang merupakan anak syarikat kepada konglomerat terkenal negara itu, Hyundai, mengesahkan bahawa ia telah menawarkan kenderaan berperisainya, “K806” untuk program perolehan kenderaan perisai 6×6 oleh Kementerian Pertahanan Malaysia untuk kegunaan Tentera Daratnya.