Browsing category

Malaysia

Pesawat “Second-Hand” Mirage 2000 Milik UAE Jadi Rebutan

Beberapa buah negara sedang bersaing dengan hebat dalam usaha mereka untuk membeli pesawat-pesawat pejuang Mirage 2000-9 milik Tentera Udara Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang bakal ditamatkan khidmatnya pada tahun 2026 apabila negara itu dijangkakan akan mula menerima pesawat pejuang Rafale buatan Perancis.

Sebuah Lagi Kapal Perang Russia Dibedil Peluru Berpandu Ukraine?

Laporan media Ukraine dan Barat mendakwa sebuah lagi kapal perang Russia, friget “Admiral Makarov” telah dibedil oleh peluru berpandu anti-kapal “Neptune” yang dilancarkan oleh tentera Ukraine ketika ia berada berhampiran Pulau Zmiiny (Snake Island) di Laut Hitam kira-kira jam 23.00 (waktu tempatan) pada 5 Mei.

Kalau Tidak Mampu Miliki F-35, Boleh Pertimbang Shenyang FC-31

Bagi negara-negara yang “kantungnya nipis” tetapi tetap bercita-cita untuk  memperolehi pesawat pejuang generasi kelima seperti F-35 Joint Strike Fighter (JSF),  mereka boleh menimbangkan pesawat generasi kelima “FC-31” yang dibangunkan oleh syarikat aeroangkasa China, Shenyang Aircraft Corporation.

Memadaikah Sekadar Enam Helikopter Penyerang Ringan MD530G?

Keenam-enam buah helikopter penyerang ringan MD530G buatan firma Amerika Syarikat, MD Helicopters telah pun tiba di Malaysia pada bulan Februari yang lalu (setelah sekian lama menunggu) dan kini sedang menjalani Final Acceptance Test (FAT) sebelum ditauliahkan dalam Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).