Browsing category

International

Tentera Darat Terima Helikopter Tempur Ringan MD-530G Pada Ogos Ini

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Penantian selama beberapa tahun untuk melihat helikopter tempur ringan (armed scout attack helicopter) jenis MD-530G berada di negara ini bakal berakhir apabila Tentera Darat Malaysia (TDM) dijangka menerima aset terbarunya itu Ogos ini. Perkara itu didedahkan oleh Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain yang berkata Tentera Darat Malaysia […]

Dron Iran “Kaman 22” Diciplak Daripada Dron “MQ-9” Amerika Syarikat? Lihat Perbandingan….

DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini, tentera udara Iran telah memperkenalkan pesawat tanpa pemandunya (UAV) ciptaan jurutera-jurutera tempatan yang terbaru, dinamakan “Kaman 22”. Dron terbaru Iran itu telah didedahkan kepada khalayak ramai buat pertama kalinya oleh Panglima Tentera Udara Iran Brig Jen Aziz Nasirzadeh. Namun apabila diperkenalkan, apa yang nyata adalah rekabentuk dron terbaru Iran […]

10 Buah Pesawat Pengebom H-6 China Lakukan “Simulasi Serangan” Di Laut China Selatan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – China dilapor mengadakan latihan tentera di Laut China Selatan baru-baru ini,  melibatkan simulasi serangan oleh sekurang-kurangnya 10 buah pesawat pengebom Xian H-6J dan H-6H terhadap beberapa “sasaran maritim” di Laut China Selatan. Menurut akhbar nasionalis China “Global Times” yang mempunyai hubungan rapat dengan tentera China berkata, latihan itu menunjukkan negara Komunis […]

[VIDEO] Russia Uji Dron Terbarunya “S-70 Okhotnik” Di Syria

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Laporan media Russia baru-baru ini mengatakan negara itu telah menempatkan pesawat tanpa pemandu (UAV) terbarunya “S-70 Okhotnik” atau “Hunter” di Syria, berkemungkinan untuk tujuan ujian oleh pihak tentera negara itu. UAV “Okhotnik” itu dikatakan ditempatkan di pangkalan tentera Russia di Tiyas, yang terletak di Palmyra. Pangkalan di Tiyas itu pernah digunakan […]

Kehadiran “Charles de Gaulle” Di Laut Mediterranean Bakal Tingkat Ketegangan Turki-Greek/Perancis

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam tindakan yang bakal meningkatkan lagi ketegangan di antara Turki dan Perancis, kerajaan pimpinan Emmanuel Macron telah mengerahkan kapal pengangkut pesawat Tentera Laut Perancis, “Charles de Gaulle” belayar ke perairan timur Laut Mediterranean. Kapal Charles de Gaulle memulakan pelayarannya ke perairan timur Laut Mediterranean yang dipanggil “Clemenceau 21 pada Ahad lalu […]

Kapal Penyelidik Turki Jadi Mangsa “Provokasi” 4 Pesawat F-16 Tentera Greek

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Empat buah pesawat pejuang F-16 Tentera Udara Greek melakukan tindakan provokasi terhadap sebuah kapal penyelidikan Turki yang sedang menjalankan kerja-kerja hidrografi dan survey di laut utara Aegean. Kapal penyelidikan Turki itu dikenali dengan nama “TCG Cesme”. Menurut sumber di dalam Kementerian Pertahanan Turki yang dipetik oleh portal berita Daily Sabah berkata, […]

Ukraine Tangkap Perisik Russia Cuba Curi Rahsia Kereta Kebal “T-84 Oplot”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Agensi perisikan Ukraine yang dikenali dengan akronim “SBU” (Security Service of Ukraine)  dikatakan telah mengagalkan cubaan daripada perisik-perisik Russia untuk mencuri rahsia tentang pembangunan kereta kebal T-84 Oplot negara itu. Agensi perisikan Ukraine itu berjaya menahan seorang perisik “GRU” (Main Directorate of the General Staff of the Armed Forces) Russia di […]

China Sedang Bina “Pangkalan Tentera Yang Lengkap” Di Laut China Selatan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Gambar-gambar satelit terbaru menunjukkan China sedang membina “pangkalan tentera yang lengkap” di salah sebuah pulau buatan manusia yang didudukinya secara haram di Kepulauan Spratly di Laut China Selatan. Imej satelit yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat software, Simularity menunjukkan pembinaan beberapa buah infrastruktur untuk menempatkan radar, antenna komunikasi di pulau buatan manusia […]

UAE Pesan 2 Buah Lagi Pesawat Pengintip “GlobalEye”, Keseluruhan Miliki 5 Buah

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Emiriah Arab Bersatu (UAE) memesan dua lagi buah pesawat pengintip “GlobalEye” daripada syarikat pembuatnya, Saab daripada Sweden, menjadikan bilangan keseluruhan pesawat pengintip itu yang dioperasi oleh UAE sebanyak lima buah. UAE dijangka membelanjakan kira-kira US$1 billion untuk mendapatkan dua buah lagi pesawat pengintip “GlobalEye” Airborne Early Warning and Control (AEW&C) daripada […]

“Misi Jeanne D’Arc 2021” Tentera Laut Perancis Ke Laut China Selatan

DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 18 Februari yang lalu, “Amphibious Ready Group” (ARG) Tentera Laut Perancis memulakan pelayaran daripada Toulon ke kawasan Indo-Pasifik termasuk Laut China Selatan bagi “Misi Jeanne D’Arc 2021”. Amphibious Ready Group (ARG) Tentera Laut Perancis itu terdiri daripada kapal, Landing Helicopter Dock (LHD) kelas-Mistral “Tonnerre” dan kapal friget kelas La-Fayette “Surcouf” […]