Browsing category

International

Syarikat “Glocom” Di Kuala Lumpur Dan Perisik-Perisik “Reconnaisance General Bureau” Korea Utara

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 2017, agensi media antarabangsa Reuters telah membongkar aktiviti perniagaan sebuah syarikat dinamakan “Glocom” daripada pejabatnya yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Menurut agensi  berita itu, berdasarkan kepada laporan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada Majlis Keselamatan badan dunia itu, syarikat “Glocom” ini hanyalah syarikat samaran (front companies) yang dioperasikan oleh agen-agen perisik Korea Utara.

Tiga Kapal Perang China Dikesan Berada Hampir Perairan Jepun

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari selepas menerima kunjungan Setiausaha Negara dan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, tiga buah kapal perang China termasuk kapal destroyer tercanggihnya dikesan belayar berhampiran dengan sempadan perairan Jepun.

Kementerian Pertahanan Jepun dalam satu kenyataan berkata, mereka mengesan kehadiran kapal destroyer kelas-Renhai Type 055 “Nanchang” diiringi oleh sebuah lagi kapal destroyer dan sebuah kapal friget dikesan berada di Selat Tsushima.

Aktiviti Haram Korea Utara Berpusat Di Asia Tenggara?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Awal pagi tadi, Korea Utara mengumumkan bahawa ia akan memutuskan hubungan dengan Malaysia bagi membantah tindakan mahkamah negara ini memerintahkan Mun Chol Myong supaya diekstradisi ke Amerika Syarikat atas kesalahan pengubahan wang haram.

Myong ditahan oleh polis pada 2019 dan selepas lebih setahun  perbicaraan di mahkamah, pada 9 Mac lalu beliau diperintah supaya diserahkan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Kakitangan Kedutaan Korea Utara Diarah Tinggalkan Malaysia Dalam Tempoh 48 Jam

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Malaysia mengarahkan kakitangan kedutaan Korea Utara dan tanggungan mereka di Kuala Lumpur supaya meninggalkan negara ini di dalam tempoh 48 jam bermula hari ini, sebagai reaksi terhadap keputusan Pyongyang memutuskan hubungan diplomatik dengan negara ini.

Arahan itu dinyatakan oleh Wisma Putra dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Korea Utara Putuskan Hubungan Dengan Malaysia

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pyongyang bertindak memutuskan hubungan dengan Malaysia berhubung tindakan mahkamah di Kuala Lumpur memerintahkan seorang warga Korea Utara diekstradisi ke Amerika Syarikat bagi menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram.

Pengumuman mengenai tindakan memutuskan hubungan dengan Malaysia itu dilakukan oleh agensi berita rasmi Korea Utara rasmi, KCNA.

Russia Cuba Pancing Turki Dengan Tawaran Penjualan Su-35 dan Su-57

DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas Turki “dikeluarkan” daripada program pesawat pejuang F-35 Lightning, Russia kini pula menawarkan pesawat-pesawat pejuang Su-35 dan Su-57 sebagai ganti kepada pesawat pejuang buatan Amerika Syarikat itu.

Russia berharap kejayaannya menarik minat Turki untuk membeli sistem pertahanan udara, S-400 dapat diulangi dengan pesawat-pesawat pejuang pula.

China Arah Syarikatnya Di Myanmar “Bawa Keluar” Kakitangan Mereka

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kerajaan China telah mengarahkan syarikat-syarikat miliknya supaya membawa keluar “kakitangan tidak penting” (non-essential) di Myanmar, selepas kilang-kilang milik mereka menjadi mangsa serangan khianat penunjuk perasaan di negara itu.

Arahan supaya kakitangan syarikat-syarikat milik kerajaan China itu dibawa keluar dengan segera daripada Myanmar juga berpunca daripada sentimen anti-China yang semakin menebal di negara Asia Tenggara itu.

China Ditegur Kerana “Bermain Politik Dengan Kesihatan Manusia” Menerusi Diplomasi Vaksinnya

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Setiausaha Negara Amerika Syarikat Anthony Blinken mengkritik China kerana “bermain politik dengan kesihatan manusia” menerusi apa yang diperkatakannya sebagai diplomasi vaksin COVID-19.

Bercakap pada sidang media di Jepun semalam, diplomat utama Amerika Syarikat itu berkata, apa yang dilakukan oleh Beijing menerusi “vaksin diplomasi” itu amat malang.

[VIDEO] MILDEF HMAV4x4 Bawa Harapan Industri Pertahanan Negara

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat MILDEF International Technologies Sdn Bhd adalah syarikat tempatan milik 100 Bumiputera dan mereka telah membelanjakan jutaan ringgit daripada kocek sendiri untuk menghasilkan kenderaan tempur “HMAV 4×4”.

Kenderaan tempur tempatan itu telah pun menjalani uji nilai yang dijalankan oleh ATM dan STRIDE.

Turki Bakal Guna Enjin Ukraine Bagi Helikopter Penyerang Beratnya T929 “ATAK 2”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat pertahanan Turkish Aerospace Industries (TAI), yang sedang membangunkan helikopter penyerang terbaru dipanggil “ATAK 2” (T-929), memutuskan untuk menggunakan enjin buatan Ukraine bagi helikopter penyerang terbarunya.

TAI sedang membangunkan helikopter ATAK-2, adalah helikopter ketegori berat (heavy attack helicopter) seberat 11 tan yang dijangka memulakan penerbangan sulungnya pada 2023.