Alam Sekitar Di Laut China Selatan Musnah Akibat Tindakan Bot China Buang Tahi, Air Kencing

Menurut pengkaji alam sekitar Amerika Syarikat, kemusnahan alam sekitar itu disebabkan tindakan bot dan kapal China itu membuang tahi, air kencing serta air kumbahan ke lautan sehingga menyebabkan pertumbuhan algae di Kepulauan Spratly.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kehadiran ratusan bot dan kapal China di Laut China Selatan sejak beberapa tahun lepas terutamanya di perairan yang didakwa sebagai milik mereka di Kepulauan Spratly telah menyebabkan kemusnahan alam sekitar besar-besaran.

Menurut pengkaji alam sekitar Amerika Syarikat, kemusnahan alam sekitar itu disebabkan tindakan bot dan kapal China itu membuang tahi, air kencing serta air kumbahan ke lautan sehingga menyebabkan pertumbuhan algae di Kepulauan Spratly.

Imej-imej satelit sejak lima tahun  lepas menunjukkan algae yang dihasilkan oleh tahi, air kencing dan air kumbahan yang dibuang oleh bot dan kapal China telah memusnahkan terumbu-terumbu karang di Kepulauan Spratly itu dan kemusnahan itu adalah sangat besar dan tidak mampu dipulihkan.

Perkara itu dinyatakan oleh Liz Derr, yang mengetuai Simularity Inc yang mengetuai syarikat menghasilkan Artificial Intelligence untuk analisis imej satelitt.

Pada 17 Jun lepas kata beliau, 236 kapal-kapal China dikesan berada di Union Banks di Kepulauan Spratly yang didakwa oleh China sebagai miliknya.

“Apabila kapal-kapal itu tidak bergerak, mereka membuang tahi-tahi di lautan. Ratusan kapal yang berlabuh di lautan itu telah membuang tahi dan air kencing mereka (bahan kumbahan) di terumbu karang yang diduduki mereka, “ katanya.

Derr berkata, tindakan oleh kapal-kapal China itu turut memusnahkan habitat hidupan marin di kawasan itu termasuk ikan-ikan tuna, seterusnya mengurangkan lagi jaminan keselamatan makanan bagi nelayan tempatan.

Pegawai China tidak memberi sebarang reaksi terhadap kenyataan oleh Derr tetapi negara itu mendakwa sebelum ini bahawa mereka telah mengambil langkah untuk menjaga alam sekitar dan simpanan ikan di kawasan tersebut.

Selain China, Vietnam turut menduduki beberapa terumbu karang di Union Banks yang turut sama didakwa Filipina sebagai milik mereka.

Jabatan Luar Negara Filipina berkata, mereka perlu mengkaji laporan oleh Derr itu terlebih dahulu oleh pihak Filipina sebelum mengambil keputusan untuk mengemukakan aduan terhadap tindakan Beijing di Union Banks itu.

Kapal dan bot China di Union Banks.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

BotChinaSpratlyUnion Banks
Comments (0)
Add Comment