Browsing category

International

Dunia Arab Semakin Terima Israel. Malaysia bagaimana?

(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Satu demi satu negara Arab mengiktiraf kewujudan Israel dan mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu akhir-akhir ini (di atas dorongan dan sokongan Presiden Donald Trump). Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Sudan telah menandatangani perjanjian dengan Israel dan mewujudkan hubungan diplomatik, sesuatu yang tidak terfikir oleh masyarakat Arab hanya beberapa […]

Armenia Cuba Heret Russia Ke Perang Nagorno-Karabakh

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Risiko konflik di Nagorno-Karabakh merebak dan melibatkan negara-negara lain di rantau Kaukasus itu meningkat apabila Armenia secara rasmi telah meminta bantuan daripada Russia. Ini selepas, Armenia mengalami kekalahan demi kekalahan di tangan tentera Azerbaijan di Nagorno Karabakh, yang diiktiraf sebagai milik Baku tetapi majoriti penduduknya terdiri daripada etnik Armenia. Jika Russia […]

Tentera Amerika, Jepun adakan Latihan “Keen Sword”, Amaran Kepada China

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Amerika Syarikat dan Jepun memulakan latihan udara, darat dan laut di sekitar perairan Jepun dalam tindakan yang dilihat sebagai satu amaran kepada tindak-tanduk melampau tentera China. Latihan tentera itu dinamakan “Keen Sword”, merupakan latihan tentera di antara kedua-dua negara sejak Jepun menerima Perdana Menteri baru, Yoshihide Suga yang telah berjanji untuk […]

Semua Kapal “Arleigh Burke” Dilengkapi Peluru Berpandu Hypersonic

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam menangani ancaman China dan Russia,  tentera laut Amerika Syarikat merancang untuk melengkapkan kesemua kapal perang pemusnahnya (destroyer) daripada jenis “Arleigh Burke” dan “Zumwalt” dengan peluru berpandu Hypersonic. Perkara itu diumumkan oleh penasihat keselamatan dalam negeri Amerika Syarikat Robert O’ Brien. Usaha melengkapkan kapal-kapal pemusnahnya dengan senjata yang lebih menggerunkan akan […]

Russia Bakal Campurtangan di Nagorno Karabakh?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh tentera Armenia dan sekutu mereka di wilayah Nagorno-Karabakh sejak kebelakangan ini nampaknya telah merungsingkan Russia. Sebagai rakan di dalam pakatan ketenteraan Collective Security Treaty Organisation (CSTO), Russsia mempunyai tanggungjawab terhadap keselamatan Armenia, walaupun pada masa yang sama ia mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan Azerbaijan. […]

(Video) Kapal Halimunan USS Zumwalt Lancar Peluru Berpandu

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal guided missile destroyer halimunan pertama Tentera Laut Amerika Syarikat, USS Zumwalt (DDG-1000) yang dianggarkan bernilai US$3.8 billion (RM15.7 bilion sebuah) telah berjaya melancarkan peluru berpandu buat pertama kalinya. Kapal ultra-moden dengan rekabentuk amat futuristik seberat 16,000 tan itu telah melancarkan peluru berpandu Standard Missile-2 (SM-2) menggunakan pelancar MK57 Vertical Launching […]

(Video) Apabila bom Perang Dunia Kedua “Tallboy” meletup…

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selama 75 tahun,  bom Perang Dunia Kedua dikenali dengan nama “Tallboy” atau “Earthquake” (gempa bumi) terbenam 12 meter di dasar sebuah terusan perkapalan Piatowski di bandar pelabuhan Swinoujscie, Poland. Ia diibaratkan seperti “gergasi” yang sedang nyenyak tidur sebelum pihak berkuasa yang sedang menjalankan kerja-kerja mendalamkan terusan perkapalan itu menemuinya. “Tallboy” adalah […]

(Video) Turki Lancar S-400, Washington Berang

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Turki dipercayai telah melancarkan peluru berpandu S-400 “Triumf”” dalam satu latihan semalam, tindakan yang mengundang kemarahan Amerika Syarikat dan rakan-rakannya di dalam NATO. Setakat ini tentera Turki enggan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dakwaan pelancaran peluru berpandu sistem pertahanan udara buatan Russia itu di bandar pesisiran pantai Laut Hitam di Sinop. Bagaimanapun […]

“Minyak dan Senjata,” Bagaimana Israel Membantu Azerbaijan…

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun tidak terlibat secara langsung di dalam konflik di antara Armenia dan Azerbaijan mengenai wilayah Nagorno-Karabakh, tetapi Israel turut menerima tempiasnya. Ini disebabkan kerana negara Yahudi itu merupakan di antara pembekal senjata terbesar kepada angkatan tentera Azerbaijan. Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAV) dan “Loitering Munitions” atau popular dipanggil “Dron Kamikaze”buatan Israel […]

(Video) Pyongyang Pamer Peluru Berpandu ICBM Terbaru

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Korea Utara telah mendedahkan peluru berpandu balistik antara benua atau Inter Continental Ballistic Missile (ICBM) yang paling besar pernah dilihat dunia dalam perbarisan tentera sempena ulangtahun ke-75 Parti Pekerja negara itu semalam. Peluru berpandu ICBM itu dibawa oleh kenderaan pelancar 11×2 tayar (bersamaan 22 tayar keseluruhannya) pada perarakan yang diadakan di […]