Lima Buah Kapal Selam Type 218SG Jadikan S’pura “Juara Kapal Selam Asia Tenggara”?
Baru-baru ini media Jerman telah mendedahkan bahawa jiran selatan kita, Singapura telah menambah perolehan sebuah lagi kapal selam Type 218SG yang dibangunkan oleh Thyssenkrupp Marine Systems Shipyard (TKMS), menjadikan keseluruhan kapal selam Type 218SG yang bakal dioperasikan oleh tentera laut itu kepada lima buah.