Amerika “Berang”, UAE Beli Pesawat L-15 Dari China

Tindakan UAE membeli pesawat FLIT/LCA daripada China itu bakal memburukkan lagi hubungan di antara UAE dan Amerika Syarikat selepas Washington bertindak melengah-lengahkan penjualan pesawat generasi kelima F-35 kepada negara negara Teluk kaya itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tindakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) memperolehi 12 buah pesawat Fighter Lead In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA)  “L-15 Hongdu” buatan syarikat pertahanan China bakal merenggangkan lagi hubungan negara Arab Teluk yang kaya-raya itu dengan Amerika Syarikat yang sememangnya tidak senang dengan hubungan rapat di antara Abu Dhabi dengan Beijing itu.

UAE, sekutu Amerika Syarikat di Teluk dijangka menambah perolehan pesawat buatan China itu kepada 36 buah pesawat pada waktu terdekat, suatu tindakan yang bakal memarakkan kemarahan Washington terhadap Abu Dhabi/

“Kami telah berada di peringkat akhir perbincangan dengan pihak China. Kontrak akhir akan ditandatangani oleh kedua-dua pihak dalam jangkamasa terdekat,” menurut Tareq Al Hosani, Ketua Eksekutif  Tawazun Economic Council.

Tareq mengatakan bahawa pesawat buatan China tersebut memiliki teknologi canggih.

Cadangan pembelian pesawat FLIT/LCA daripada China oleh UAE itu bakal memburukkan lagi hubungan di antara UAE dan Amerika Syarikat selepas Washington bertindak melengah-lengahkan penjualan pesawat generasi kelima F-35 kepada negara negara Teluk kaya itu.

UAE mahu memperolehi sejumlah pesawat canggih F-35 bagi membolehkannya lebih berkemampuan untuk menangani ancaman daripada Iran.

Pentadbiran Presiden Jo Biden bertindak melengah-lengahkan penjualan pesawat generasi kelima F-35 kepada UAE dipercayai  berikutan tindakan negara Teluk itu menjalin hubungan komersial yang erat dengan syarikat penyedia infrastruktur telekomunikasi China, Huawei berkenaan teknologi 5G.

Selepas Amerika Syarikat melengahkan penjualan F-35 kepada UAE, negara Teluk itu mengambil keputusan untuk membeli 80 buah pesawat Rafale daripada Perancis.

Pihak UAE dijangka membeli pesawat FLIT/LCA L-15 itu daripada China National Aero-Technology Import and Export Corporation (CATIC).

Buat masa ini, tidak diketahui nilai pembelian pesawat FLIT/LCA oleh UAE itu tetapi pesawat L-15 itu dianggarkan bernilai di antara US$10 juta hingga US$15 juta per-unit, menurut maklumat daripada pihak industri.

Nilai per-unit pesawat pejuang itu menjadikan ia lebih murah berbanding pesawat-pesawat pejuang lain buatan syarikat-syarikat Amerika Syarikat dan Eropah.

Pesawat L-15 itu disifatkan oleh pemerhati sebagai antara terbaik didalam kelasnya.

Mula diperkenalkan pada 2006, varian terkini pesawat itu, L-15B mempunyai kemampuan untuk membawa sehingga 4 tan peluru berpandu dan bom, dengan kokpit bagi juruterbang pelatih ditukar kepada Weapon System Officer (WSO).

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Bagi pasaran eksport, pesawat ini dikenali sebagai L-15 tetapi di China ia dikenali sebagai JL-10.

Selain digunakan oleh Tentera Udara China, pesawat L-15 turut digunakan oleh Tentera Udara Zambia dengan syarikat CATIC turut berusaha untuk menjual pesawat FLIT/LCA itu kepada negara-negara lain.

Menurut laporan, Argentina dan Venezuela yang berhadapan dengan sekatan ekonomi termasuk daripada Amerika Syarikat telah menunjukkan minat untuk memiliki pesawat L-15.

 

Antara negara yang kini menjadi sasaran CATIC untuk menjadi pelanggan terbaru L-15 adalah Malaysia yang bercadang memperolehi 18-36 buah pesawat FLIT/LCA bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pesawat L-15 merupakan salah satu daripada pesawat yang bersaing dalam tender Kementerian Pertahanan Malaysia untuk memperolehi 18 buah pesawat FLIT/LCA dianggarkan bernilai RM4 bilion.

Malaysia dijangka memutuskan pesawat FLIT/LCA yang akan dibeli pada tahun ini. — DSA

 

AmerikaBerangCendolfeaturedL-15Sukhoi
Comments (0)
Add Comment