Jepun Pertingkat Keupayaan Peluru Berpandu Untuk Bedil Musuh “Terdekat”
Berang dengan tindakan China melancarkan peluru berpandu ballistik ke arah perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) miliknya berhampiran Pulau Okinawa awal bulan ini, kerajaan Jepun kini bercadang membina lebih daripada 1,000 peluru berpandu kruis Type-12 dan meningkatkan keupayaannya bagi membolehkan ia membedil sasaran musuh terdekatnya.