Buat Pertama Kali Russia Dedah Rekabentuk Peluru Berpandu Hypersonik 3M22 Zircon

Kementerian Pertahanan Russia mula memperkenalkan peluru berpandu hypersonik Zircon pada 2018, dengan ia mula menjalani pelbagai ujian intensif pada 2020.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Buat pertama kalinya, Kementerian Pertahanan Russia telah mendedahkan rekabentuk sebenar peluru berpandu hypersonik 3M22 Zircon (Tsirkon), menerusi sebuah video pelancaran peluru berpandu itu dalam latihan tentera negara itu di Laut Mediterranean.
Ia menandakan detik penting dalam perlumbaan peluru berpandu hypersonik dan menunjukkan peningkatan kemampuan Russia dalam pembangunan peluru berpandu hypersonik.
Kementerian Pertahanan Russia mula memperkenalkan peluru berpandu hypersonik Zircon pada 2018, dengan ia mula menjalani pelbagai ujian intensif pada 2020.
Sejak daripada itu, peluru berpandu hypersonik itu telah berjaya mencapai beberapa milestones termasuk kejayaan ujian pelancaran daripada kapal-kapal perang permukaan (surface ship) dan kapal selam berkuasa nuklear Severodvinsk pada 2021.
Peluru berpandu hypersonik Zircon itu seringkali digambarkan sebagai sistem persenjataan yang canggih dan berkemampuan mengubah dinamik peperangan moden.
Kerahan kombat pertama peluru berpandu hypersonik berlaku pada Januari 2023, yang menandakan langkah penting di pihak Russia dalam pengoperasian kombat peluru-peluru berpandu menggunakan teknologi hypersonik.

Ringkasan:

Kementerian Pertahanan Russia buat pertama kalinya mendedahkan reka bentuk peluru berpandu hypersonik 3M22 Zircon (Tsirkon) melalui video pelancaran dalam latihan di Laut Mediterranean, menandakan pencapaian penting dalam teknologi persenjataan hypersonik. Diperkenalkan pada 2018 dan menjalani ujian intensif sejak 2020, Zircon telah mencapai beberapa kejayaan, termasuk pelancaran dari kapal perang dan kapal selam nuklear.

Peluru berpandu ini, yang pertama kali dikerahkan secara kombat pada Januari 2023, telah disahkan penggunaannya oleh Presiden Vladimir Putin dalam konflik di Ukraine, mencerminkan kemasukan teknologi hypersonik dalam strategi ketenteraan antarabangsa. Zircon, dengan kelajuan maksimum Mach 9 (11,000 km/j) dan jarak operasi sehingga 1,000 km, memiliki kemampuan untuk menembusi sistem pertahanan udara moden, memberikan cabaran besar kepada lawan seperti Amerika Syarikat dan sekutunya di Eropah.

Menggunakan sistem pendorongan dua tahap dan enjin scramjet, Zircon fleksibel untuk dilancarkan dari kapal perang, kapal selam, dan sistem pesisir pantai. Ia boleh dilengkapi dengan peledak konvensional atau nuklear, menjadikannya alat strategik utama dalam senario ketenteraan Russia. Ancaman Zircon menonjol kerana tiada teknologi semasa mampu memintasnya, menambah dimensi baru dalam perlumbaan persenjataan global.

Pada Mac tahun ini, Presiden Russia Vladimir Putin mengesahkan pengoperasian aktif peluru berpandu hypersonik Zircon dalam kombat dengan penggunaannya dalam medan peperangan di Ukraine.
Ia juga menandakan kemasukkan peluru berpandu hypersonik dalam strategi ketenteraan antarabangsa.
Peluru berpandu hypersonik 3M22 Zircon atau codename NATO SS-N-33 merupakan peluru berpandu anti-kapal yang beroperasi pada kelajuan hypersonik, memberikan tempoh masa yang amat singkat kepada musuh untuk menanganinya.
Dengan kelajuan sehingga Mach 9 atau 11,000km sejam, Zircon mampu membedil sasaran sejauh 1,000km bergantung kepada trajektori penerbangannya.
Apabila terbang pada altitude rendah, peluru berpandu hypersonik Zircon boleh membedil sasaran sejauh 500km tetapi apabila beroperasi dalam semi-ballistik trajektori peluru berpandu hypersonik Russia itu boleh terbang dan membedil sasaran dengan lebih jauh.
Peluru berpandu hypersonik Zircon menggunakan sistem propulsion dua tahap, menggabungkan solid fuel booster untuk permulaan penerbangannya dan enjin scramjet untuk penerbangan hypersonik seterusnya bagi memastikan kelajuan dan manuver.

Salah satu elemen yang unik pada peluru berpandu hypersonik Zircon adalah fleksibilitinya, kerana ia berkemampuan dilancarkan menggunakan pelbagai platform sekaliguna memberikan kelebihan strategik.
Selain itu, ia juga boleh dilengkapi dengan peledak konvensional dan nuklear.
Peluru berpandu hypersonik Zircon boleh dilancarkan daripada kapal-kapal perang permukaan, kapal selam dan juga sistem pelancar pesisir pantai, memberikan Russia pilihan tentang cara kerahan dan pengoperasiannya bergantung kepada senario kombatnya.
Implikasi pengoperasian peluru berpandu hypersonik Zircon terhadap dinamika senario ketenteraan antarabangsa terutamanya terhadap Amerika Syarikat dan sekutunya di Eropah tidak boleh dipandang dengan ringan.
Kelajuannya dan kemampuannya untuk “menembusi” sistem pertahanan udara sedia ada telah memberikan cabaran besar terhadap kemampuan pertahanan sedia ada.
Setakat ini, tiada teknologi yang telah terbukti dapat menangani ancaman peluru berpandu hypersonik, yang membawa makna bahawa musuh Russia tidak mampu memintas Zircon terutamanya apabila dilancar daripada kedudukan yang jauh. — DSA

featuredHypersonikRussiaZircon
Comments (0)
Add Comment