Brunei Menempah Enam Helikopter H145M

H145M yang diperolehi oleh Brunei akan menggantikan helikopter Bolkow BO105 yang telah ditamatkan perkhidmatan.  Helikopter H145M akan meningkatkan keupayaan operasi Angkatan Tentera Diraja Brunei bagi misi-misi operasi diantaranya ialah Bantuan Udara Jarak Dekat (Close Air Support) dan Pemantauan Udara (Aerial Observation).

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Airbus Helicopters telah menandatangani kontrak perjanjian bersama dengan Kementerian Pertahanan Brunei bagi perolehan enam buah helikopter Airbus H145M. 

“Kami amat berbesar hati dengan pemilihan H145M untuk menyokong misi perluasan Tentera Udara Diraja Brunei,” kata Bruno Even, Ketua Pegawai Eksekutif Airbus Helicopters.

“H145M dipandang baik untuk prestasi tinggi dan serba boleh, dan kami yakin ia akan membawa perubahan langkah dalam kesediaan operasi ke Brunei.”

H145M yang diperolehi oleh Brunei akan menggantikan helikopter Bolkow BO105 yang telah ditamatkan perkhidmatan. 

Helikopter H145M akan meningkatkan keupayaan operasi Angkatan Tentera Diraja Brunei bagi misi-misi operasi diantaranya ialah Bantuan Udara Jarak Dekat (Close Air Support) dan Pemantauan Udara (Aerial Observation).

 Brunei adalah negara terbaharu yang menempah H145M, selepas Cyprus, Jerman, Hungary, Luxembourg, Serbia dan Thailand. 

 

H145M ialah helikopter tentera pelbagai peranan yang menyediakan pelbagai keupayaan misi. 

Setakat ini, armada global keluarga H145 telah mengumpul lebih daripada tujuh juta jam penerbangan. 

Helikopter tersebut juga digunakan oleh pasukan bersenjata, udara dan penguatkuasa undang-undang di seluruh dunia untuk misi yang paling mencabar.

 Brunei adalah negara terbaharu yang menempah H145M, selepas Cyprus, Jerman, Hungary, Luxembourg, Serbia dan Thailand. 

Dikuasakan oleh dua enjin Turbomeca Arriel 2E, H145M dilengkapi dengan kawalan enjin digital berkuasa penuh (FADEC).

 Selain itu, helikopter tersebut juga dilengkapi dengan suite avionik digital Helionix yang, di samping pengurusan data penerbangan yang inovatif, ianya juga termasuk autopilot 4 paksi berprestasi tinggi, yang mengurangkan beban kerja juruterbang dengan ketara semasa misi.

Jejak akustiknya yang rendah menjadikan H145M sebagai helikopter yang paling senyap dalam kelasnya. — DSA

AirbusBruneifeaturedHelikopter