Boustead Harap Diberi Kontrak Bina Kapal LMS Batch 2 TLDM

Ia adalah kapal LMS kelas-Keris yang ketiga untuk TLDM daripada empat yang dibina di China. Kapal LMS yang keempat masih lagi dibina di China.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menerima kapal Littoral Mission Ship (LMS)  ketiganya yang dibina secara bersama antara Boustead Naval Shipyard (BNS) dan China Shipbuilding and Offshore Corporation (CSOC) di Wuchang Shipyard di Qidong, China.

Ia adalah kapal LMS kelas-Keris yang ketiga untuk TLDM daripada empat yang dibina di China. Kapal LMS yang keempat masih lagi dibina di China.

Menurut ketua pegawai eksekutif Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC) Sharifuddin Md Zaini Al-Manaf dalam satu kenyataan semalam, syarikat berharap dapat memperolehi kontrak bagi pembinaan kapal-kapal LMS yang seterusnya.

“Dengan kemudahan dan kakitangan yang berpengalaman, kami mempunyai rekod di dalam pembinaan kapal-kapal tentera laut. BHIC berharap memperolehi kontrak untuk (membina) kapal-kapal LMS yang seterusnya,” katanya.

“With the facilities and experienced personnel we have and our track record in naval shipbuilding, BHIC is hopeful of securing contracts for the subsequent batches of the LMS.”

Majlis penyerahan kapal LMS ke-tiga TLDM di China semalam.

 

Apabila ditauliahkan dalam TLDM, LMS 3 akan menyertai 11 Skuadron bersama-sama dua buah kapal LMS kelas-Keris yang siap lebih awal iaitu KD Keris dan KD Sundang yang kini berpengkalan di Sabah.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Program 15 to 5 TLDM, tentera laut merancang untuk memperolehi sehingga 18 buah unit kapal LMS pada masa depan.

Semasa pameran DSA 2018, BHIC telah mendedahkan reka bentuk konsep kapal LMS Batch 2 yang ternyata lebih panjang dan besar berbanding empat buah kapal LMS Batch 1 yang dibina di limbungan kapal di China ketika ini.

Rekabentuk konsep yang dipamerkan pada DSA 2018 itu menunjukkan kapal LMS Batch 2 Boustead  mampu menampung sebuah helikopter bersaiz Super Lynx serta meriam Bofors 40mm serta mesingan.

Majalah pertahanan antarabangsa, Janes tahun lepas melaporkan bahawa TLDM telah memulakan proses penilaian bagi projek LMS Batch 2.

Kapal LMS Batch 2 oleh BHIC.

 

Majalah itu melaporkan bahawa TLDM sedang menilai beberapa cadangan daripada syarikat pembuat kapal termasuk usahasama di antara Destini dengan Damen.

Keempat-empat cadangan itu adalah daripada syarikat pembuat kapal Amerika Syarikat, Swiftship, Damen, Fassmer dan Preston.

Cadangan yang dikemukan oleh Damen dan Destini adalah kapal sepanjang 83 meter hampir menyamai kapal OPV yang digunakan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

 

DEFENCE SECURITY ASIA

BousteadChinaLMSTLDM
Comments (0)
Add Comment