(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam artikel-artikel sebelum ini, kita banyak berbincang sistem persenjataan Turkiye, hari ini kita menyentuh pula tentang pasukan khas negara itu yang ada beberapa unit tetapi kita pilih yang paling elit.
Menurut pemerhati ketenteraan, pasukan khas yang paling elit di dalam tentera Turki adalah “Bordo Bereliler” atau “Maroon Berets”. Satu lagi pasukan elit tentera Turki adalah “OKK” yang sama seperti Green Berets tentera darat Amerika Syarikat.
Ok “Bordo Bereliler” ini ditubuhkan pada 1952 oleh anggota tentera Turki sendiri dan mana-mana anggota tentera negara itu yang mahu menyertai unit elit itu perlu melalui pelbagai jenis latihan diantara tiga hingga empat tahun lamanya.
Ok “Bordo Bereliler” ini ditubuhkan pada 1952 oleh anggota tentera Turki sendiri dan mana-mana anggota tentera negara itu yang mahu menyertai unit elit itu perlu melalui pelbagai jenis latihan diantara tiga hingga empat tahun lamanya.
Anggota yang berpeluang menjadi anggota unit elit mesti mampu menangani segala cabaran dan bertempur di dalam semua keadaan cuaca serta bentuk muka bumi , di mana tentera biasa tidak boleh melakukannya.
Gagal bukanlah suatu opsyen bagi anggota “Bordo Bereliler” kerana mereka mesti berjaya dalam apa jua keadaan.
Tujuan utama penubuhan “Bordo Bereliler” adalah mempertahankan Turki dan mengelak negara itu diserang daripada dalam dan luar negara.
Pasukan elit tentera Turki ini telah terlibat dengan pelbagai operasi dan misi rahsia dalam dan luar negara sepanjang penubuhannya terutama misi-misi terhadap kumpulan pengganas, Kurdistan Workers’ Party (PKK).
Dan antara kejayaan terpenting “Bordo Bereliler” adalah pada 1999 apabila ia berjaya menangkap pemimpin PKK, Abdullah Ocalan.
Pasukan elit Turki seperti “Bordo Bereliler” ini adalah diantara pasukan khas di dunia yang sentiasa diuji dan terlibat dalam misi-misi rahsia di kawasan kombat. Ini kerana Turki bersempadan di rantau yang sentiasa bergolak.
Ia bersempadan dengan Syria, Iraq selain musuh tradisi Greek manakala Iran dan Israel terletak tidak jauh.
Ini menjadikan pasukan-pasukan khas Turki termasuk “Bordo Bereliler”, “OKK” atau yang lain sentiasa aktif dengan pelbagai misi dan operasi.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini pula, anggota “Bordo Bereliler” sentiasa terlibat dalam misi-misi untuk menangani kumpulan pengganas ISIS.