Bimbang Tercetusnya “Peperangan Besar”, Russia Mulakan Produksi MiG-35 “Fulcrum Foxtrot”

Russia bimbang jika konflik besar-besaran tercetus dengan pihak Barat diketuai oleh Amerika Syarikat, ia tidak mempunyai bekalan pesawat pejuang yang mencukupi, sekaligus mewajarkan usahanya untuk memulakan serial production pesawat pejuang MiG-35.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat pejuang generasi 4+++ Russia, MiG-35 “Fulcrum Foxtrot” dilaporkan oleh media-media negara itu bakal diproduksi secara besar-besaran bermula pada tahun depan, untuk memenuhi keperluan tentera udara negara itu.
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Eksekutif United Aircraft Production (UAC) Yuri Slyusar.
Russia bimbang jika konflik besar-besaran tercetus dengan pihak Barat diketuai oleh Amerika Syarikat, ia tidak mempunyai bekalan pesawat pejuang yang mencukupi, sekaligus mewajarkan usahanya untuk memulakan serial production pesawat pejuang MiG-35.
Konflik di antara Russia dan Ukraine yang menyaksikan sejumlah pesawat pejuang Russia ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara Barat telah mengakibatkan tentera udara negara itu memikirkan cara terbaik untuk membina semula armadanya dengan pesawat-pesawat pejuang yang baru.
Usaha “recapitalisation” Tentera Udara Russia dengan pesawat-pesawat pejuang baru dan lebih berkemampuan perlu dilakukan dengan segera, sebelum “konflik besar” dengan negara-negara Barat benar-benar meletus.
Pesawat MiG-35

 

Tentera Russia mempunyai beberapa pesawat pejuang baru yang bersedia untuk memasuki armada di dalam tempoh beberapa tahun ini, daripada pesawat pejuang generasi kelima, Su-57 “Felon” dan Su-75 “Checkmate” serta MiG-35.
Nampaknya, keperluan mendesak dalam negara telah memaksa Russia untuk melancarkan serial production pesawat pejuang MiG-35.
Sebelum ini, masa depan pesawat pejuang itu seakan terumbang-ambing kerana tiada negara luar yang dilihat berminat untuk memperolehinya, walaupun selepas kempen promosi oleh kerajaan Russia.
Malaysia turut ditawarkan untuk memperolehi pesawat MiG-35 bagi menggantikan pesawat pejuang MiG-29 miliknya yang telah ditamatkan perkhidmatan, tetapi tawaran itu ditolak apabila kita memilih pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 buatan Korea Aerospace Industries (KAI).
Pada ketika ini, sebanyak enam buah pesawat prototaip MiG-35 telah pun dihasilkan.

Sebenarnya para penganalisis pertahanan Russia menyatakan bahawa pesawat pejuang MiG-35 adalah pesawat yang paling mudah untuk diadaptasi daripada segi penggunaan sistem persenjataan terbaru kerana ia mengaplikasi kaedah “open architecture.”
Bukan sahaja ia mudah diadaptasi dengan teknologi terbaru, tetapi pesawat pejuang MiG-35 itu juga akan dilengkapi dengan radar AESA (Active Electronically Scanned Array) “ZHUK-AM” yang berkuasa tinggi, sebagaimana diamalkan oleh pesawat-pesawat pejuang Barat.
“Lagi cepat pesawat musuh itu dikesan (menggunakan radar terkini), maka, adalah lagi cepat ia dimusnahkan.”
Menurut penganalisi pertahanan Russia, pesawat MiG-35 yang dilengkapi dengan radar AESA Zhuk-AM mampu mengesan kehadiran pesawat musuh pada jarak 220km, manakala bagi pesawat pejuang F-22 pula, ia boleh dikesan pada kedudukan 80km.
Kemampuan MiG-35 boleh disamakan dengan F-16 terkini buatan Amerika Syarikat, di mana ia berkemampuan untuk mengesan 30 sasaran pada masa yang sama dan menangani enam musuh pada satu-satu masa.
Pesawat MiG-35 “Fulcrum Foxtrot” buatan Russia Aircraft Corporation (RAC)

 

Kelajuan maksimum pesawat pejuang MiG-35 adalah pada kadar Mach 2.25 dan boleh terbang setinggi 67,000 kaki, manakala bagi enjinnya pula, pesawat pejuang itu menggunakan dua buah enjin Klimov RD-33K.
Selain itu, pesawat pejuang MiG-35 juga boleh membawa pelbagai bom-bom dan peluru berpandu terkini serta meriam 30mm.
Ia juga memiliki Electronic Warfare Pod bagi membolehkan ia menangani pesawat-pesawat musuh serta sistem pertahanan udara mereka.
Bagi kelincahan MiG-35 pula, penganalisis memberikan pesawat itu “A” atas kelincahannya beraksi di udara. — DSA

 

featuredMiG-35Perang BesarRussia
Comments (0)
Add Comment