Arab Saudi Pelanggan Terbaru Dron Keluaran Turkiye, “Bayraktar TB2” Dan “Akinci”

Menteri Pertahanan Arab Saudi Putera Khalid bin Salman bin Abdulaziz Al Saud dalam satu ciapan menerusi akaun Twitter beliau berkata, perolehan dron-dron itu "Bayraktar TB2" dan "Akinci" adalah untuk meningkatkan kesiapsiagaan angkatan tenteranya dan kemampuan pembuatan senjata negara itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Arab Saudi menjadi negara terbaru yang akan memiliki pesawat tanpa pemandu MALE (Medium Altidude Long Endurance), Bayraktar TB2 dan Akinci keluaran syarikat Turkiye, Baykar Techology dalam perjanjian perolehan yang disifatkan sebagai terbesar dalam sejarah pertahanan Ankara.

Perjanjian perolehan kedua-dua dron kombat itu dimeterai ketika lawatan Presiden Turkiye Recep Tayyep Erdogan ke Arab Saudi, disusuli oleh kunjungan ke beberapa negara Teluk dalam apa yang disifatkan oleh pemerhati sebagai usaha memperbaiki hubungan di antara kedua-dua pihak.

Perjanjian perolehan kedua-dua dron itu ditandatangani oleh Baykar Technology dan Kementerian Pertahanan Arab Saudi.

(Daily Sabah)

 

Menteri Pertahanan Arab Saudi Putera Khalid bin Salman bin Abdulaziz Al Saud dalam satu ciapan dalam akaun Twitter beliau berkata perolehan dron-dron itu adalah untuk meningkatkan kesiapsiagaan angkatan tenternya dan kemampuan pembuatan senjata negara itu.

Dalam satu lagi ciapan menerusi akaun Twitternya, ketua pegawai eksekutif Baykar Tech Haluk Bayraktar berkata pembelian oleh Arab Saudi itu merupakan “kontrak terbesar pertahanan dan aeroangkasa di dalam sejarah Republik Turkiye.”

Syarikat Baykar Tech juga menyatakan bahawa kontrak itu melibatkan produksi bersama dan pemindahan teknologi.

Ia bagaimanapun tidak mendedahkan bilangan sebenar dron Bayraktar TB2 dan Akinci yang akan diperolehi atau dibuat secara bersama oleh Turkiye dan Arab Saudi.

Negara Teluk,  Kuwait menjadi negara ke-28 di dunia membeli dron kombat Bayraktar TB2 beberapa bulan lepas, selepas tertarik dengan kemampuannya dalam beberapa konflik yang tercetus di beberapa kawasan di seluruh dunia.

Kontrak dengan Kuwait itu bernilai US$367 juta (RM1.5 bilion).

“Akinci”

 

Selain Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga dilapor bakal membelanjakan kira-kira US$2 bilion (RM8 bilion) untuk memperolehi 120 buah dron “Bayraktar TB2” dan pelbagai komponen sokongan lain.

Perolehan itu bukan hanya membabitkan 120 buah dron Bayraktar TB2 tetapi juga meliputi sistem persenjataan, pusat kawalan dan pemerintah serta latihan untuk mengendalikan dron-dron yang dibangunkan oleh syarikat Baykar Technology.

Pada ketika ini syarikat teknologi pertahanan Turkiye itu telah menandatangani perjanjian penjualan dron Bayraktar TB2 serta dron lain keluarannya dengan 30 buah negara di seluruh dunia termasuk empat negara NATO dan dua buah negara Kesatuan Eropah.

Disebabkan prestasinya di medan-medan peperangan daripada Libya sehingga ke Ukraine pada ketika ini, dron “Bayraktar TB2” yang dibangunkan oleh syarikat Turki, Baykar telah menerima permintaan yang tinggi daripada seluruh dunia.

Menurut Haluk Bayraktar, disebabkan permintaan yang tinggi daripada seluruh dunia untuk membeli “Bayraktar TB2 itu, senarai menunggu (waiting list) untuk membeli UCAV buatan Turki itu kini adalah selama tiga tahun.

“Permintaan yang tinggi daripada seluruh dunia telah menyebabkan pelanggan perlu menunggu sehingga tiga tahun untuk Bayraktar TB2,” katanya kepada Yayasan Come Back Alive Ukraine tahun lepas.

Tentera Ukraine bersama dron Bayraktar TB2
“Akinci”

 

Dron Bayraktar TB2 itu mampu untuk terbang setinggi 27,000 kaki dan selama lebih 24 jam, membawa lebih daripada 150kg persenjataan.

Ia juga berkemampuan beroperasi 24 jam sehari walau di dalam keadaan cuaca yang buruk.

Dengan berat ketika berlepas pada 5,500kg, Bayraktar Akinci ini boleh terbang setinggi 40,000 kaki dengan endurance operasi lebih daripada 20 jam.

Manakala bagi dron Bayraktar Akinci pula, ia boleh dilengkapi dengan pelbagai sistem penderia dan elektronik termasuk electro-optic/infrared/laser designation (EO/IR/LD) sensor, multi-mode active radar Electronically Scanned Array (AESA) dan sistem Signal Intelligence (SIGINT).

Dengan segala peralatan ini, ia boleh melaksanakan misi-misi Intelligence, Surveillance dan Reconnaisance (ISR). — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

AkinciArab SaudiBayraktar TB2featuredRecep Tayyep ErdoganTurkiye
Comments (0)
Add Comment