Arab Saudi “Tayang” MRLS K239 Chunmoo Dengan Pod Peluru Berpandu Taktikal Ballistik

Apa yang menarik dalam gambar yang dikeluarkan oleh pemerhati pertahanan Korea Selatan  @mason_8718's di akaun X miliknya adalah sistem MRLS Chunmoo Arab Saudi itu dilengkapi dengan pod peluru berpandu taktikal ballistik CTM-290.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Buat pertama kali, Sistem Roket Lancaran Berganda (MRLS) “K239 Chunmoo” keluaran syarikat Hanwha Aerospace daripada Korea Selatan telah dilihat di Arab Saudi.
Apa yang menarik dalam gambar yang dikeluarkan oleh pemerhati pertahanan Korea Selatan  @mason_8718’s di akaun X miliknya adalah sistem MRLS Chunmoo Arab Saudi itu dilengkapi dengan pod peluru berpandu taktikal ballistik CTM-290.
Pemilikan pod peluru berpandu taktikal ballistik CTM-290 itu menunjukkan peningkatan serangan jarak jauh oleh Angkatan Tentera Arab Saudi.
Pada Mac 2022, Arab Saudi dilaporkan menandatangani perjanjian untuk memperolehi sistem MRLS keluaran Korea Selatan itu, mengikuti jejak langkah negara jirannya, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang turut memperolehi sistem itu terlebih dahulu.
Pemilihan sistem MRLS Chunmoo dengan kemampuan melancarkan peluru berpandu taktikal itu oleh Arab Saudi dan UAE menunjukkan perubahan di dalam doktrin pertahanan kedua-dua negara Teluk itu yang kini berupaya melancarkan serangan-serangan jarak jauh.
Peluru berpandu taktikal ballistik CTM-290 berkaliber 600mm berkemampuan membedil sasaran sejauh 290km dengan darjah ketepatan yang tinggi iaitu Circular Error Probable (CEP) kira-kira 9 meter, menjadikannya senjata yang bersesuaian untuk serangan-serangan tepat jarak jauh.
(via Mason)
Sistem MRLS “K239 Chunmoo” dikatakan adalah pesaing utama kepada sistem MLRS HIMARS dan menurut penganalisis, kemampuan sistem MRLS buatan Korea Selatan adalah menyamai sistem HIMARS buatan Amerika Syarikat itu.
Digunakan oleh angkatan tentera negara-negara seperti Korea Selatan, Poland dan beberapa negara lain di Timur Tengah, sistem MRLS “K239 Chunmoo” boleh melancarkan dua roket kaliber berlainan pada masa yang sama.
Ia berkemampuan melancarkan roket-roket berkaliber 130mm, 227mm, 239mm dan 600mm yang boleh membedil sasaran sejauh 36km, 80km dan 290km, sekaligus membolehkan ia memenuhi pelbagai keperluan operasi dengan berkesan.
Antara ciri-ciri utama sistem MRLS K239 Chunmoo adalah kemampuan membedil sasaran dengan tepat, rapid deployment di bawah lima minit, reloading yang cepat, mobiliti taktikal yang membolehkan tentera darat kebolehan taktikal yang maksima.
Korea Selatan membangunkan sistem MRLS “K239 Chunmoo” untuk menggantikan MRLS yang telah berusia “Kooryong.”
(via X platform)
“Chunmoo”
Negara Asia Timur itu mula membangunkan sistem MRLS “K239 Chunmoo” pada tahun 2009 dan siap pada tahun 2013 dengan peruntukan sebanyak US$112 juta (RM530 juta), dengan tujuan utama sistem MRLS itu adalah untuk membedil kedudukan meriam-meriam Korea Utara.
Antara pengguna terbesar sistem MRLS buatan syarikat Hanwha Aerospace itu adalah Poland yang menandatangi kontrak pada 2022 untuk memperolehi 288 buah unit “K239 Chunmoo”, dengan penghantaran pertama telah pun dilakukan pada 2023.
Pada April tahun ini, kerajaan Poland menandatangani perjanjian untuk memperolehi sejumlah 72 unit sistem MRLS itu.
Varian sistem MRLS “K239 Chunmoo” itu digelar “Homar-K” dan ia akan bergandingan dengan sistem MLRS HIMARS buatan Amerika Syarikat.
Pada pameran DSA & NATSEC 2024 pada bulan Mei lali, syarikat Hanwha Aerospace juga itu telah menjalin kerjasama dengan pemain industri pertahanan meningkat naik tempatan, Widad Business Group.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Widad, ia melahirkan keyakinan bahawa kerjasama di antara kedua-dua syarikat itu berpotensi meningkatkan kemampuan pertahanan dan menggalakkan lagi inovasi. — DSA

Arab SaudiChunmoofeaturedKorea Selatan
Comments (1)
Add Comment