Pesawat F-16C Amerika Tembak Jatuh Dron ANKA-S Turkiye Di Syria

Laporan mengatakan dron ANKA-S milik Turkiye itu ditembak jatuh oleh pesawat pejuang F-16C Block 40 Amerika Syarikat kerana berada terlalu dekat dengan penempatan tentera negara itu di utara Hasakah, sebuah kawasan bergolak di Syria itu. Kedua-dua negara, Turkiye dan Amerika Syarikat adalah negara anggota NATO.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah pesawat tanpa pemandu “ANKA-S”milik Turkiye telah ditembak jatuh, dipercayai oleh oleh pesawat pejuang Amerika Syarikat ketika dron itu melaksanakan operasi di ruang udara Syria.

Laporan mengatakan dron itu ditembak jatuh oleh pesawat pejuang F-16C Block 40 Amerika Syarikat kerana berada terlalu dekat dengan penempatan tentera negara itu di utara Hasakah, sebuah kawasan bergolak di negara Timur Tengah itu.

Kedua-dua negara, Turkiye dan Amerika Syarikat adalah negara anggota NATO.

“Dron ANKA-S itu dikatakan telah memasuki ruang udara larangan Hasakah itu. Ia (dron) berada kira-kira 500 meter daripada penempatan tentera Amerika Syarikat sebelum ianya ditembak jatuh oleh pesawat pejuang negara itu,” menurut laporan-laporan media yang berlegar pada ketika ini.

Kedudukan tentera Amerika Syarikat itu terletak di Tel Beidar di utara Hasakah dan menurut laporan, anggota tentera negara kuasa besar itu telah meminta bantuan pesawat pejuangnya untuk bertindak terhadap dron Turkiye selepas ia didapati berada terlalu hampir dengannnya.

Serpihan bangkai dron ANKA-S (socmed)
Pesawat Tanpa Pemandu “Anka” dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI)

 

Gambar-gambar serpihan dron ANKA-S milik Turkiye yang ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Amerika Syarikat itu telah tersebar di media-media sosial iaitu di X (dahulu dikenali oleh Twitter) dan Telegram.

Laporan menyatakan pesawat pejuang generasi F-16C Block 40 Amerika Syarikat dan ia berpangkalan di pangkalan udara Muwaffaq al-Salti di Jordan dan pesawat itu menggunakan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120 AMRAAM.

Sebelum ini dakwaan mengatakan pesawat pejuang generasi kelima F-35A Amerika Syarikat bertanggungjawab menembak jatuh dron ANKA-S Turkiye itu.

Dron ANKA-S itu dikatakan sedang melaksanakan operasi keselamatan terhadap kumpulan-kumpulan pengganas Kurdish iaitu PKK/YPG bersama-sama pasukan keselamatan Turkiye yang lain, sebelum ia ditembak jatuh itu.

Penempatan tentera Amerika di Tel Beidar, utara Hasakah, Syria.

 

Tentera Turkiye telah melancarkan serangan udara besar-besaran terhadap 30 sasaran utama yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas PKK/YPG yang disokong oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Laporan juga menyatakan bahawa tentera Turkiye telah melaksanakan operasi terhadap kedudukan kumpulan bersenjata Syria Democratic Forces (SDF) di utara Syria.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menjadi pengguna dron ANKA-S, sebagaimana yang ditembak jatuh di uatara Syria itu.

Pesawat F-16 Amerika Syarikat

 

Ketika pameran LIMA 2023 di Langkawi pada Mei lepas, Kementerian Pertahanan menandatangani perjanjian untuk memperolehi tiga buah sistem dron Medium Altitude Long Endurance (MALE) “ANKA-S” yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI).

Malaysia dijangka mula menerima dron ANKA-S itu pada 2025. — DSA

 

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

AmerikaAnkafeaturedSyriaTurkiye