Amerika Belanja US$11 Bilion “Modenkan Lagi” F-22 Raptor

Raptor yang digembar-gemburkan sebagai pesawat paling canggih dan paling moden Amerika Syarikat sebenarnya telah pun berusia lebih daripada 40 tahun dan sedang meniti hari-hari terakhirnya yang menurut pihak tentera udara Amerika akan berlaku pada tahun-tahun 2030-an.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Amerika Syarikat dijangka membelanjakan hampir US$11 bilion untuk menaiktaraf dan memodenkan pesawat pejuang generasi kelimanya, F-22 Raptor, menerusi program yang dinamakan “Advanced Raptor Enhancement and Sustainment” (ARES).

Kontrak menaiktaraf dan memodenkan pesawat itu diberikan kepada syarikat Lockheed Martin dan ia adalah selama 10 tahun.

Syarikat Lockheed Martin perlu menyiapkan kerja-kerja menaiktaraf itu serta

Program ARES itu adalah untuk memastikan pesawat tercanggih Amerika Syarikat sentiasa berada di hadapan daripada segi kemampuan kombatnya sehingga tahun-tahun 2030-an apabila ia dibersarakan.

Pesawat F-22 itu sememangya memerlukan kerja-kerja menaiktaraf dan usaha pemodenan kerana ia telah pun berusia lebih daripada 40 tahun memandangkan pesawat itu mula terbang pada tahun 1991.

Raptor yang digembar-gemburkan sebagai pesawat paling canggih dan paling moden Amerika Syarikat sebenarnya telah pun berusia lebih daripada 40 tahun dan sedang meniti hari-hari terakhirnya yang menurut pihak tentera udara Amerika akan berlaku pada tahun-tahun 2030-an.

Tempat F-22 akan diambilalih oleh pesawat yang terhasil daripada program New Generation Air Dominance (NGAD) iaitu pesawat generasi ke-enam.

Dipercayai tentera udara Amerika Syarikat memiliki sejumlah 187 buah pesawat F-22.

Dibawah program ARES itu, sejumlah 120 buah pesawat F-22 akan dinaiktaraf supaya ia boleh dilengkapkan dengan peluru berpandu udara-ke-udara “AIM 260” yang akan menggantikan peluru berpandu udara ke udara “AIM-120 AMRAAM.”

Sebuah pesawat pejuang F-22 “Raptor” sedang memintas pesawat pengebom Russia.

 

Pesawat-pesawat F-22 yang dinaiktaraf itu juga akan diengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal “Long-Range Anti Ship Missile” (LRASM)  yang boleh membedil kapal-kapal perang musuh daripada jarak yang jauh.

Dibawah program ARES itu juga, software pesawat-pesawat F-22 itu juga akan dinaiktaraf supaya ia selari dengan software kombat pada masa ini.

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

 Amerika Syarikat membelanjakan kira-kira US$64 bilion (RM256 bilion) untuk membangunkan pesawat pejuang F-22 “Raptor” yang dikatakan adalah pesawat pejuang paling canggih ketika ia memulakan operasi pada pertengahan 1990-an.

Dengan kos pembangunannya (termasuk R&D) yang mencecah RM256 bilion, kos per-unit pesawat F-22 itu dianggarkan adalah sebanyak US$330 juta (RM1.3 bilion) manakala kos satu jam penerbangannya pula adalah US$70,000 (RM280,000). — DSA

 

AmerikafeaturedRaptorTUDM