[VIDEO] Pesawat Tanpa Pemandu “Akinci” Pamer Kelengkapan Persenjataannya

Antara sistem persenjataan yang dibawanya pada penerbangan itu adalah, bom 500kg Mk-82 yang dilengkapkan dengan kit panduan laser Teber-82, peluru berpandu MAM-T, MAM-L dan MAM-C serta bom 500kg Mk-82 yang dipasang dengan kit panduan laser HGK-82.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lepas, syarikat pembuat dron Turki, Baykar menerusi akaun media sosialnya telah menunjukkan produk terbarunya “Bayraktar Akinci” dilengkapi dengan pelbagai sistem persenjataan yang di sembilan buah stesyen senjatanya dengan keseluruhan melebihi satu tan.

Akaun Twitter syarikat tersebut juga memaparkan video yang menunjukkan dron Bayraktar Akinci B melaksanakan penerbangan dengan kesemua sembilan stesen senjatanya sarat dengan pelbagai bom-bom pintar.

Antara sistem persenjataan yang dibawanya pada penerbangan itu adalah, bom 500kg Mk-82 yang dilengkapkan dengan kit panduan laser Teber-82, peluru berpandu MAM-T, MAM-L dan MAM-C serta bom 500kg Mk-82 yang dipasang dengan kit panduan laser HGK-82.

Kit panduan laser Teber-82 itu dihasilkan oleh firma Roketsan, yang turut membangunkan peluru berpandu MAM yang bukan sahaja digunakan oleh pesawat tanpa pemandu, tetapi juga pesawat pejuang dan pesawat pejuang ringan.

Peluru berpandu MAM-C adalah varian high-explosive manakala MAM-L pula adalah varian Thermobarik dan MAM-T adalah varian jarak jauh.

Kit panduan laser HGK-82 dibangunkan oleh TUBITAK.

Dalam penerbangan itu, pesawat tanpa pemandu Bayraktar Akinci telah dilengkapkan dengan tiga butir bom panduan laser Teber-82, satu HGK-82,  dua MAM-L, satu MAM-C dan satu MAM-T, dengan berat keseluruhan bebanan dibawanya mencecah 1,230kg.

Ketua Presidensi Industri Pertahanan (SSB) Ismail Demir pula dalam satu kenyataan berkata,  Tentera Udara Turki telah pun menerima tiga buah dron “Akinci”, yang merupakan pesawat tanpa pemandu High Altitude Long Endurance (HALE).

Pesawat tanpa pemandu Bayraktar Akinci yang melakukan penerbangan sulungnya pada 2019 itu boleh melaksanakan misi-misi udara-ke-udara dan udara-ke-darat.

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

Dengan berat ketika berlepas pada 5,500kg, Bayraktar Akinci ini boleh terbang setinggi 40,000 kaki dengan endurance operasi lebih daripada 20 jam.

Dron Bayraktar Akinci ini juga dilengkap dengan pelbagai sistem penderia dan elektronik termasuk electro-optic/infrared/laser designation (EO/IR/LD) sensor, multi-mode active radar Electronically Scanned Array (AESA) dan sistem Signal Intelligence (SIGINT).

Dengan segala peralatan ini, ia boleh melaksanakan misi-misi Intelligence, Surveillance dan Reconnaisance (ISR). — DSA

 

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

AkinciBaykarDronfeaturedTurki
Comments (0)
Add Comment