[VIDEO] Jo Biden Kerah Pesawat Pengebom “B-52” Ke Timur Tengah

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Untuk kali ketiga tahun ini, Amerika Syarikat telah mengerahkan sebuah pesawat pengebom B-52H “Stratofortress” untuk melakukan penerbangan ke Timur Tengah sebagai amaran kepada Iran.

Pesawat pengebom yang boleh membawa pelbagai peluru berpandu itu terbang selama 36 jam daripada pengkalan udara Barksdale di Louisiana ke Timur Tengah sebelum kembali ke pengkalannya di Amerika Syarikat semula.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh U.S Centcom, misi jarak jauh dinamakan “patrol presence” itu bertujuan menunjukkan kemampuan Amerika Syarikat dalam mengerah kemampuan angkatan udaranya di mana sahaja di dunia.

Ketika melaksanakan misi Bomber Task Mission ke rantau Timur Tengah hari ini itu, pesawat pengebom terbabit turut berinteraksi dengan asset-aset Tentera Udara Amerika Syarikat yang lain seperti pesawat pejuang F-15E “Strike Eagles”, F-16 Fighting Falcons, KC-10 “Extenders” dan KC-135 “Stratotankers.”

Pesawat pengebom B-52 itu mampu terbang setinggi 50,000 kaki dan jarak sejauh 8,800 batu menggunakan tangki minyaknya sendiri.

Walapun pesawat pengebom itu sudah tiga kali terbang ke Timur Tengah di dalam tahun ini, tetapi penerbangan hari ini adalah yang pertama kali sejak Jo Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 20 Januari lepas.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Amerika SyarikatB-52 StratofortressIranTeluk ParsiTimur Tengah