Apa Reaksi Kita Tentang Pencerobohan Kapal China di Beting Patinggi Ali?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sudah dua hari Asia Maritime Transparency Initiative (AMTI) membuat pendedahan tentang pencerobohan terbaharu kapal pengawal pantai China terhadap perairan negara di Beting Patinggi Ali, jadi apakah reaksi kita?

Jawapannya adalah — sehingga kini tiada ada-apa reaksi daripada kita. SENYAP (SILENCE).

Tiada sebarang kenyataan daripada Wisma Putra mahupun Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein sehingga kini mengenai dakwaan pencerobohan kapal pengawal pantai China, 5402 di Beting Patinggi Ali atau Luconia Shoals.

Menurut laporan oleh AMTI, kapal pengawal pantai China itu bukan sekadar menceroboh perairan negara di perairan sekitar Beting Patinggi Ali tetapi mereka turut cuba menganggu operasi mencari minyak dan gas di Blok SK410B yang terletak hanya 44 batu nautika daripada pantai Sarawak.

Insiden di blok yang kaya dengan sumber minyak dan gas itu terletak hanya 44 batu nautika daripada pantai Sarawak…..

Menurut AMTI, kapal pengawal pantai China itu berada hanya dua batu nautika daripada jackup drill “Borr Gunnlod” . Kalau ia bukan suatu tindakan provokasi, admin tak tahu nak cakap apa….

Badan antarabangsa itu berkata, sepanjang pemerhatiannya tentang pencerobohan kapal-kapal pengawal pantai China terhadap perairan Malaysia, percerobohan kali ini berlaku paling hampir dengan pantai Sarawak.

Dan masih tiada respons daripada pihak kita. Mengapa?

Sekurang-kurangnya keluarkanlah apa-apa kenyataan membantah tindakan kapal China ini, memandangkan percerobohan terbaharu ini telah dilaporkan oleh AMTI dan dipetik oleh pelbagai media (termasuk Defence Security Asia).

JIkalau dakwaan AMTI ini tidak benar, Wisma Putra atau agensi kerajaan yang lain perlu menafikannya.

Admin rasa, ramai rakyat Malaysia sudah tahu tentang dakwaan pencerobohan terbaru China di Beting Patinggi Ali  itu dan adalah amat tidak bagus untuk pihak kerajaan terus mendiamkan diri seolah-olah tiada apa-apa berlaku.

Beting Patinggi Ali atau Luconia Shoals. (foto internet)

Rakyat memerlukan jawapan tentang tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk menangani pencerobohan terbaharu oleh kapal pengawal pantai China itu.

Adakah kerajaan menghantar nota diplomatik kepada China bagi membantah pencerobohan terbaharu ini? Adakah kerajaan summon duta China ke Malaysia? Apa, apa dan apa…

Mendiamkan diri “seribu Bahasa” dikala rakyat tertanya-tanya hanya meningkatkan persepsi dikalangan mereka bahawa kerajaan “takut” (fearful) dengan China (atau tindakannya) dan membiarkan kapal-kapal pengawal pantainya berbuat sesuka hati di dalam perairan negara.

Apatah lagi Menteri Luar China Wang Yi baharu sahaja melawat negara ini dan statement media pun dah keluar bahawa kita dan Beijing ini adalah sahabat baik.

Malaysia dan China adalah “sahabat baik.” (foto internet)

Ya, AMTI juga melaporkan serta menyertakan imej satelit tentang kehadiran kapal auxillary, KD Bunga Mas 5 serta kapal LMS terbaharu negara, KD Keris melakukan “shadow” terhadap kapal pengawal pantai China itu.

Ia adalah tindakan terpuji TLDM dan kita salute frontliners kita dalam mempertahankan kedaulatan negara.

KD Bunga Mas 5. (foto internet)
KD Keris. (foto internet)

Tetapi dimana suara Pak Menteri kita di dalam soal ini?

Admin pasti, jIka pencerobohan ini berlaku di negara jiran terutamanya Vietnam dan Indonesia, sudah pasti seluruh negara mereka termasuk bapak Presiden dan Pak Menteri-Menterinya sudah “melompat” dengan kenyataan-kenyataan yang “berapi” untuk mempertahankan kedaulatan negara masing-masing.

Kita? Hmmmmmmmmm…………..

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

AMTIBeting Patinggi AliLaut China SelatanWisma Putra
Comments (0)
Add Comment